Muaz bin Jabal


Sayyidina Muaz bin Jabal

-dilahirkan di Madinah al-Munawwarah

-mempunyai ciri keistimewaan sebagai seorang yang amat pintar,penampilan sebagai seorang yang perkasa dan juga seorang yang berhemah tinggi.

-memeluk Islam sejak kecil melalui Mus’ab bin Umair yang diutuskan Rasulullah s.a.w ke Madinah.

-termasuk dalam rombongan 72 orang Madinah yang berbai’ah dengan Nabi s.a.w.

-sebaik sahaja Nabi s.a.w berhijrah ke Madinah,Muaz sentiasa berdampingan dengan baginda sehingga beliau dapat memahami al-Quran dan syariat-syariat Islam dengan baik.


“Umatku yang paling alim tentang halal dan haram ialah Muaz bin Jabal”
-Hadis riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah-



"depan pintu masuk Maqam Muaz bin Jabal"

-beliau juga salah seorang daripada enam orang yang mengumpulkan al-Quran pada zaman Rasulullah s.a.w.

-juga dikenali sebagai ketua ulama’ di akhirat,pemuda pendiam yang tutur katanya ibarat mutiara dan juga manusia yang paling disayangi Umar al-Khattab.

-merupakan ketua tenaga pengajar yang diutuskan Rasulullah ke Yaman untuk mengajar penduduk-penduduk di sana tentang Islam.

-sebelum bertolak ke Yaman,Rasulullah bersabda kepada beliau :

“Wahai Muaz!Kemungkinan engkau tidak akan dapat bertemu lagi dengan aku selepas tahun ini malah mungkin juga selepas ini kamu akan melalui masjid dan kuburku sahaja”

-lantas Muaz menangis kerana mendengar sabda Rasulullah tersebut.

-selepas peristiwa tersebut,ternyata Rasulullah wafat dan Muaz tidak dapat melihat baginda lagi.


"perkarangan Masjid Muaz bin Jabal"


DETIK KEMATIAN

-Muaz bin Jabal berada di Palestin apabila beliau diserang wabak.

-sebelum meninggal dunia,beliau berkata:

“Selamat datang wahai kematian!Selamat datang kepada tetamu yang tak kunjung tiba dan selamat datang kepada kekasih yang telah sekian lama dirindukan”


"Maqam Muaz bin Jabal"

-kemudian beliau melihat ke langit dan berkata lagi:

“Wahai Tuhanku!Sesungguhnya engkau mengetahui bahawa aku tidak menyukai dunia apatah lagi untuk berada kekal di dalamnya selama-lamanya menanam pokok-pokok dan mengairi sungai,tetapi segala-galanya itu hanyalah sekadar untuk menghilangkan kehausan di kawasan-kawasan yang kekeringan serta mengharungi saat-saat kesusahan dan mendekati ulama’-ulama’ dengan menunggang ke majlis-majlis zikir.Oleh yang demikian,terimalah diriku ini wahai Tuhanku dengan kebaikan sebagaimana Engkau menerima diri seseorang yang beriman”

-maka selepas itu,beliau pun meninggal dunia.


"Maqam Abdul Rahman bin Muaz,anak beliau bersebelahan dengan maqam beliau"

-diriwayatkan bahawa Muaz bin Jabal meninggal dunia kerana wabak taun.

-beliau sanggup tinggal di kawasan kediaman beliau pada masa itu dan tidak keluar daripada situ kerana berpegang kepada dua hadis Nabi s.a.w yang melarang seseorang keluar dari kawasan apabila terkena taun.

-hadis tersebut juga menyatakan bahawa mati akibat wabak taun adalah mati syahid.

“Taun adalah tanda kemurkaan Allah yang mana Allah menguji hamba-hambaNya.Apabila kamu mengetahui adanya penyakit itu di sesebuah tempat,janganlah kamu masuk ke tempat itu.Apabila kamu berada di tempat yang ada penyakit taun (atau penyakit berjangkit yang lain) janganlah kamu keluar darinya”
-Hadis riwayat Muslim-

“Aisyah r.a meriwayatkan: Aku bertanya Rasulullah s.a.w tentang wabak taun.Baginda menjawab itu adalah azab yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki.Allah akan jadikan penyakit itu sebagai rahmat kepada orang-orang beriman.Tidak ada sesiapa yang terkena taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar,mengharapkan ganjaran Allah dan yakin ia adalah ketetapan ilahi melainkan Allah akan memberinya pahala syahid”
-Hadis riwayat Bukhari-

-Muaz bin Jabal memperolehi impiannya iaitu syahid di jalan Allah.Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya.

Amin...


"Sekitar kawasan Masjid Muaz bin Jabal"





Sanah Helwa Ya Abi


Hari ini hari jadi ayah saya.

Yang ke separuh abad.

Lebih tepat lagi yang kelima dekad.



“Ayah saya sungguh stailo.Macam anaknya jua”

Selamat hari jadi buat ayahku yang tercinta.

Terima kasih kerana menjadi ayah yang terbaik buatku.

Jasa dan baktimu,hanya Allah mampu membalasnya.



“Ayah dan emak.Wewiit”


Maafkan aku andai ada salah dan silap padamu.

Maafkan aku andai ada tersalah kata,tersilap bicara.

Maafkan aku jika ada serba tak kena.



“Mintak hampooon”

Semoga ayah dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik.

Semoga ayah diberi rezeki yang melimpah ruah daripada Allah.

Semoga ayah sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.

Dan yang paling penting,

Semoga kita sekeluarga bertemu kembali..

Di syurga yang abadi..

Amin…


Doakan juga anakmu,nun jauh di perantauan ini...

::notakaki::
Walaupun dah separuh abad,ayah aku maintain macho.Kan?

MATCHDAY 10 (FINAL MATCH)



7 Mei 2010,Jumaat yang hening.Sehening kicauan burung-burung yang berterbangan di awan biru.

Berpagi-pagi burung-burung tersebut bertebaran di muka bumi demi mencari secubit rezeki.

Berhenti merepek.

Pada hari yang sama,berlangsungnya pusingan terakhir PERMAI SUPER LEAGUE 2010.

Macam biasa,Warung Din FC beraksi tanpa aku.

Menentang pasukan tercorot liga,Phoenix Bangkit FC,tiada apa yang didambakan kecuali kemenangan yang abadi.

Natijah?

Warung Din FC kalah 3-0.

Apa kejadah?




Apa nak jadi dengan team aku ni,aku pun tak tau.

Nak kata tak hebat,semua skil dah macam Messi aku tengok.

Takde stamina?Hari-hari pegi gym.

Takde boot?Semua pakai Adidas F50 adiZero.

Takde keeper berkaliber?Dah ade Edwin Van der Basyar.

Takde aku?err..mungkin sebab ni kot.Kehkehkeh..

Apa-apa pun,tahniah buat semua pemain Warung Din FC.Nombor 3 pun jadila..

Kedudukan terakhir liga.Tekan sini lembut-lembut.

::notakakiazmanadnan::
Permai Super League 2010 melabuhkan tirainya.Tahniah kepada semua AJK pelaksana dan semua para pemain.Semoga matlamat untuk mengeratkan ukhuwah sesama kita tercapai dengan penganjuran liga ini,insyaAllah.



Dari Irbid Untuk Gaza







ADA APA DENGAN 10 DINAR ?

boleh belasah popeye sepam dua..

boleh bedal yamani sesedap rasa..

boleh melantak warong din tak hengat dunia..

boleh pekena 'asir segala perisa..

boleh beli 'wenak' tepon makwe kat mesia berjam-jam lamenya..


jadi,kenapa pulak tak boleh derma kat sedara-sedara kita kat seberang sane barang sekali dua?

kenapa banyak sangat nak berkira-kira?

kenapa banyak sangat dalih-dalihnya?

bukan ke hidup kita hanya sementara..

bila lagi nak buat pahala..

bila lagi nak tebus dosa..

mana tau esok lusa ajal datang menjelma..

ada juga saham kita di akhirat sana..

kan Allah dah janji dengan kita..


"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai,pada setiap tangkai ada seratus biji,Allah melipat gandakan bagi sesiapa yang dia kehendaki,dan Allah Maha Luas,lagi Maha Mengetahui"


(al-Baqarah:261)




jadi,nak tunggu sampai bila..

marilah sama-sama kita menderma..

demi kebahagiaan saudara-saudara kita..

di bumi PALESTIN

yang tercinta..


::notakaki::
klik sini, sini dan sini untuk maklumat selanjutnya.