Kerinduan



Jumaat.Irbid.

Tengahari tadi,angin bertiup sedikit kencang.

Matahari atas kepala,tegak umpama tiang.

Burung-burung berkicauan riang.

Kucing-kucing berjoging tenang.

Tiba-tiba,azan berkumandang.

Lantas menyarung jubah hitam kesayangan.

Mengalun langkah,menuju Masjid Jamiah.

Jumaat yang tenang.

Namun,tetap tak sama dengan ketenangan,Jumaat seminggu yang lalu.





Jumaat di Masjid Nabawi.

Ah,rindunya.

Semoga dapat 'berJumaat' di sana lagi.



::notakaki::
Semester baru dah mula.Sangat bizi.Tak sempat nak cerita pasal umrah.Nanti-nanti la ye.
(Sebenarnya bizi sebab tengok wel kap.Hehe)

Gambar-gambar umrah,sila ke pesbuk saye.


Sekilas Wel Kap



Wel Kap ‘90

Aku baru berusia setahun lebih.Masih lagi belum makan sesuatu selain daripada susu ibu.Kategori najis juga adalah di tahap terendah iaitu Mukhaffafah.Nak tau pasal wel kap pekejadah?



Wel Kap ’94

Umur sudah sedikit meningkat iaitu 5 tahun.Tadika Kemas Parit Khalil.Dah tahu sikit-sikit tendang bola.

Namun begitu,keseronokan bermain lego semasa di tadika melebihi segalanya.Tiada yang lebih indah pada ketika itu selain daripada berjaya membuat robot daripada lego yang seolah-olah boleh menyelamatkan dunia daripada ancaman raksasa.

Balik tadika,pecut pula ke markas pusat.Main pasir,main buai,polis sentri.Tidak dilupakan nyorok-nyorok dan konda-kondi.

9.00 malam.Lepas makan,terus ngantuk gaban dan tertidur sebab penat main ntahpapejadah petang tadi.Esoknya pukul 7,bangun dan terus pegi tadika mengejar lego yang memanggil-manggil.Celah mana nak tau wel kap jikalau begitu?

Walau bagaimanapun,sekali-sekala terlintas juga di telinga perihal Roberto Baggio sepak penalti macam budak Sekolah Tadika Seri Paya.




Wel Kap ‘98

9 tahun.Wel Kap berlangsung di Perancis.

Sebagai seorang  9 tahun,aku kira wel kap pada tahun tersebut telah mencetuskan minat yang kekal lagi padu terhadap bola sepak di lubuk hatiku hingga ke hari ni.

Didier Deschamps,Zinedine Zidane,Fabian Barthez,Emmanual Petit,Dennis Bergkamp,Patrick Kluivert,Taffarel,Davor Suker,Jurgen Klinsmann,Jaap Stam dan tidak dilupakan abang Do (Ronaldo buncit) sememangnya adalah hero-hero aku pada ketika itu.Kalah Ultraman Taro,Ultraman Cosmos dan juga Go Go Power Rangers.

Tahun itu juga,duit belanja sekolah habis aku laburkan di kedai Mak Jah semata-mata untuk beli sticker gambar-gambar pemain wel kap pada masa itu.Habis kotak pensil (sebenarnya tempat tape) aku tampal dengan sticker-sticker tersebut.Mula-mula memang lawa.Tapi lama-lama hasilnya dah macam kotak letak spanar dan barang-barang bengkel aku tengok.Ada sticker yang koyak,ada yang takde kepala,gam sticker melekat-lekat dan macam-macam lagilah.Tak art langsung!

Selain itu,aku juga ada buat satu buku khas pasal wel kap pada tahun tu.Berbekalkan buku garis satu yang tertera lambang Sk Kota Dalam di depannya,yang dibeli daripada koperasi sekolah yang terletak di bawah tangga bangunan pentadbiran berhampiran dengan kolam ikan keli sekolah,akhirnya buku tersebut menjadi buku yang bersejarah pada hari ini.Dalam buku tersebut,aku buat jadual perlawanan,kiraan mata,catat nama setiap penjaring dan tak dilupakan juga lukis gamba pemain-pemain dengan tangan aku sendiri.Walaupun gambar-gambar tersebut kelihatan huduh lagi menakutkan,namun buku tersebut tetap terselit 1001 kenangan di dalamnya.Sayangnya,buku tersebut aku dah tak dapat kenal pasti lagi di manakah keberadaannya pada hari ini.Mungkin ada lagi kat rumah,mungkin dah jadi abu.Mintak-mintak mak aku yang kemas rumah sebab nak pindah rumah hujung tahun ni jumpa balik buku tu.Kalau jumpa balik,memang aku masuk muzium buku tu.Klasik beb!

Namun begitu,disebalik keghairahan tersebut,terselit sedikit kekecewaan di pengakhiran.Setelah berhempas pulas bersengkang mata beradu tenaga hampir setiap malam menonton hampir semua perlawanan yang disajikan di kaca televisyen,entah macam mana time final aku boleh tertidur pulak.Bangun-bangun bukak tv je,kelihatan Didier Deschamp,Zinedine Zidane dan rakan-rakan sePerancis lain dengan bergayanya sedang menjulang piala rebutan semua kaki bola tu.Peh,kecewa gila.Esok terus tak pegi sekolah.

Hampeh!




 Wel Kap ‘02

Wel Kap pada tahun 2002 adalah yang terbaik bagi aku.Umur pada ketika itu ialah 13 tahun.Memang cukup fit dan berdaya saing untuk memperhambakan diri kepada bola sepak dan televisyen.

Tambahan pula,wel kap pada tahun tersebut dilangsungkan di Jepun dan Korea Selatan.Masa perlawanan banyak yang dilangsungkan pada ‘waktu perdana’ (jam 8-11 malam).Berbekalkan semangat ‘Asia untuk Asia’,aku menanam tekad untuk menonton kesemua perlawanan yang akan disiarkan di kaca televisyen nanti.

Namun begitu,hasrat tersebut modar begitu sahaja bila terkenangkan bahawasanya  pada masa tersebut aku sedang tinggal di asrama.Baru form 1 pulak tu.Junior.Tengok tv hanya pada hujung minggu.Yang ada cuma prep,prep,prep.Ahh..memang takde can langsung nak tengok.

Kalau ada yang tengok pun,itu ialah secara haram.Masih segar lagi dalam otakku,gangster-gangster form 4 dan form 5 pada ketika itu (beret,pendek,buyong dan lain-lain) kena lempang sorang-sorang dengan Ostat Naseh (bukan nama sebenar) sebab tengok bola time orang lain tengah prep.Kehkehkeh padan muka.Tersengih-sengih aku yang sedang prep di dewan makan pada ketika itu.Mana boleh diorang dapat tengok,aku tak dapat tengok.Kalau tak dapat tengok,biar tak dapat tengok sama-sama.Kehkehkeh,aku gelak nipis sekali lagi.

Hujung minggu sememangnya adalah waktu yang dinanti-nantikan.Waktu untuk melepaskan nafsu yang disimpan selama 5 hari.Antara match yang aku ingat pada ketika tu ialah Brazil vs England.Aku rasa match ini ialah match perkenalan antara aku dan abang Ron Jong.Dia punya free kick time tu,peh….David Seaman dah macam keeper SRK Batu Anam dah aku tengok.Kesian gila diayam-ayamkan begitu sahaja.




Perlawanan akhir antara Brazil dan Jerman,dilangsungkan pada malam Ahad.Kebetulan asrama aku pada minggu itu ialah minggu balik kampung.Jadi pada petang Ahad,aku mengalami tekanan perasaan yang maha dahsyat  sama ada untuk balik ke asrama pada hari itu atau pada keesokan harinya.Kalau balik petang Ahad ni,kompom-kompom la tak dapat tengok final sebab nak kena pegi prep.Kalau tak balik pulak,tak pasal-pasal pulak rekod aku sebagai seorang pelajar yang berdisplin tinggi lagi berdedikasi akan tercalar.Arghh..aku tersepit antara dua alam maya.

Dan akhirnya,aku buat keputusan untuk tak balik dan nak tengok match pada malam tu.Ah,4 tahun sekali.Apa nak jadi pun jadila,getusku di dalam hati.Akhirnya,aku dapat tengok match tersebut dengan gembira bila mana pasukan Abang Ron membelasah Jerman 2-0.Habis je match,hati aku berdebar-debar kembali mengenangkan hari esok yang belum pasti.

 Akhirnya,ayah membuat keputusan untuk menghantar aku balik ke asrama pada subuh keesokan harinya.Ayah tak nak aku ponteng sekolah.Jadi,pada keesokan harinya,pukul 4.00 pagi,ayah telah bersusah payah menghantar aku dari rumahku di Batu Pahat ke Muar semata-mata untuk tidak membiarkan anaknya ponteng sekolah pada hari itu.Bila dikenangkan kembali pada hari ini,oh sungguh terharu rasanya.Besar sungguh pengorbanan ayah pada aku ketika itu.Terima kasih ayah..

Namun begitu,satu berita yang  menikam-nikam kalbuku telah sampai ke pendengaranku tatkalamana aku tiba di sekolah pada pagi tu.

“Mi,ko pegi mana malam tadi?Tak nampak pun ko masa ramai-ramai tengok bola pakai LCD kat dataran sekolah malam tadi.Ko pegi mana?”

Cilakos.



Wel Kap ‘06

17 tahun.Form 5.Brader-brader.

Wel kap pada tahun tersebut berlangsung di Jerman.Jadi,perlawanan kebanyakan dilangsungkan pada awal pagi,ketika umat manusia termasuk para warden asrama sedang lena diulit mimpi.Peluang baek..

Arakian,sebulan sebelum wel kap bermula,pelbagai jenis strategi telah dirancang oleh aku dan rakan-rakan seangkatan agar tidak terlepas menonton pesta bola sepak terulung di dunia ini.Maka apabila bermulanya pesta sukan tersebut,aku dan rakan-rakan ‘sejahatan’ pun turut memulakan langkah merencanakan strategi yang telah kami rancang sejak sebulan yang lalu.

Strategi yang pertama,angkat TV kat dewan makan,bawak masuk dalam bilik.Sebab kalau tengok kat dewan makan,kompom-kompom kantoi sebab kedudukan dewan makan ialah di tengah-tengah kawasan asrama.Pulak tu dekat dengan rumah warden.Lagi la senang nak kantoi.Strategi ni sebenarnya ialah warisan zaman berzaman.Senior dulu-dulu dah buat dah benda ni.Kitorang meneruskan tradisi je.(Alah yang macam aku  cerita kat atas tu.Beret,pendek ngan buyong dah buat dulu dah.Last-last aku tiru diorang gak.Hehe)

Kat bilik,hanger besi menjadi mangsa,dijadikan sebagai ariel.Biasanya rembat hanger budak-budak form 1.Kehkeh.Walaupun gambar tak berapa jelas,tapi belasah je.Asalkan dapat tengok.Tapi strategi ni tak tahan lama.Ntah sebab kantoi ke sebab tv rosak..aku pun lupa.

Strategi kedua,tengok dekat dewan seminar.Dewan seminar sekolah aku time tu gila sket.Tahap keselamatan ntahpape.Kadang-kadang kunci,kadang-kadang tak kunci.Jadi,kami yang perasan akan kelalaian pihak sekolah ni pun menggunakan peluang dengan sebaiknya.Dekat dalam dewan seminar tu,orang dalam nampak luar tapi orang luar tak nampak orang dalam.Kadang-kadang,ada je pak gad sekolah round kawasan situ.Kami kat dalam nampak pak gad tu,tapi pak gad tu tak nampak kami.Macam halimunan beb rasanya.Kehkeh.




"Dewan seminar tersebut"


Last-last,tiba-tiba je dewan seminar tu berkunci hari-hari.Aku saspek mak cik yang jaga dewan seminar tu dah tau la kitorang tengok bola kat situ tiap-tiap malam.Sebab tu dia kunci je hari-hari.Ni mesti ada budak-budak junior bagitau makcik tu.Misi gagal.

Strategi ketiga,tengok kat makmal sains.Makmal sains pun sama je macam dewan seminar.Kunci pakai selak biasa je.Seluk sikit tangan kat bawah pintu,tarik selak,dah boleh masuk.Cuma makmal sains ni dekat dengan bilik pak gad.Risiko untuk kantoi adalah amat-amat tinggi.Hanya yang betul-betul gila bola tahap tujuh petala langit dan yang berani mati sahaja boleh menonton bola disini.Jika anda seorang yang tidak tabah,sila tidur dengan berdengkur di dorm masing-masing.

Sedang aku khusyuk menonton bersama seorang rakan yang dirahsiakan namanya,tiba-tiba sahaja pintu makmal tersebut disentap oleh seorang makhluk.Sepertimana yang diespek,makhluk tersebut ialah pak gad sekolah.Maka jantung kami pun berdegup selaju-lajunya.Pak gad itu merenung kami sambil kami merenungnya kembali.Kami bermain-main mata seketika.Tanpa dijangka,tiba-tiba pak gad itu memblahkan dirinya tanpa berkata apa-apa.Aku dan sohabat yang seorang itu pun terponge-ponge seketika.Selang beberapa saat,kami pun menutup tv lalu terus kembali ke asrama lalu tidur tanpa mimpi indah.

Esoknya,kami berdua berdebar-debar menantikan apakah nasib kami pada hari itu.Jikalau pak gad tersebut memberitahu pihak pentadbiran sekolah,tamatlah riwayat kami di sekolah ini nampaknya.Tunggu punya tunggu punya tunggu,takde apa-apa berlaku.Aku terus membuat kesimpulan bahawa pak gad pada malam tersebut meronda dalam keadaan mamai dan separuh sedar.Sebab tu dia tak ingat pun apa yang berlaku malam tadi.Kehkeh.Apa apapun,memang nasib baik.Tapi lepas tu memang kami tak datang lagi dah makmal tu.Tobat.

Perlawanan akhir ialah antara Itali dengan Perancis.Semangat untuk menonton perlawanan tersebut memang meluap-luap walaupun dah bermacam-macam ombak duri ditempuhi sepanjang wel kap kali ni berlangsung.Jadi,dengan rendah hatinya,kami barisan ‘brader-brader’ form 5 memohon daripada warden untuk menonton perlawanan pada awal pagi tersebut.Dan Alhamdulillah,permohonan kami diluluskan dengan syarat subuh esok semua brader-brader kena semayang saf depan kat surau.Janji dimeterai.Tapi dah tak ingat la dilaksanakan ke tak.Lupa.Hehe.

Dan perlawanan tersebut memang klasik.Perlawanan yang menampilkan Zinadine Zidane dalam aksi terakhirnya bersama pasukan kebangsaan Perancis.Dengan barisan pertahanan Itali yang sememangnya diakui sebagai barisan pertahanan terbaik di dunia ketika itu.Ditunjangi kapten mereka Fabio Cannavaro,perlawanan berlangsung begitu sengit sekali.Kemuncak perlawanan,Zidane menanduk dada Materazzi!Apa kejadah?

Aku terus takde mood nak tengok.Balik dorm,tido.Esok pagi bangun semayang subuh,terus jadi imam.Apa macam?Ada ciri-ciri calon imam muda astro tak?




Wel Kap ‘10

Umur aku pada ketika ini ialah 21 tahun.Mula melangkah masuk ke alam dewasa.Sikit lagi nak ke alam perkahwinan.

Dan Allah takdirkan bahawa pada tahun ini,aku akan menonton welkap bukan di Malaysia tercinta.Sebaliknya Allah campakkan aku ke bumi Jordan,sebuah negara arab yang agak dekat dengan negara penganjur wel kap pada tahun ini iaitu Afrika Selatan.Ikutkan hati memang aku nak je pegi sana tengok welkap ni pakai mata kepala aku sendiri,tapi…..

Tapi Allah telah pilih aku pada saat dan ketika ini untuk pergi menyahut seruanNya.Alhamdulillah,aku telah diberikan peluang oleh Allah untuk pergi menunaikan ibadah umrah pada tahun ini.InsyaAllah aku akan bertolak ke Madinah al-Munawwarah pada hari esok,9hb Jun 2010 dan insyaAllah akan pulang semula ke bumi Jordan ini pada 19hb Jun 2010.

Maka dengan itu sah-sahlah aku akan terlepas peluang untuk menonton wel kap yang akan bermula pada 11hb Jun ini.Walaupun begitu,tidak timbul sedikit kekesalan pun dalam diri aku kerana Allah telah menggantikannya dengan perkara yang lebih baik.Apalah sangat nilai wel kap itu jika nak dibandingkan dengan mendekatkan diri kepada Allah.Tak gitu anak-anak?

Jadi di kesempatan ini,aku menyusun sepuluh jari memohon seribu kemaafan kepada sesiapa sahaja yang terbaca akan tulisan aku ini.Mintak ampun andai ada tersalah kata,terlanjur bicara.Minta dihalalkan segala makan minum.Juga minta agar kalian mendoakan perjalanan aku agar selamat pergi dan selamat kembali semula.InsyaAllah aku akan mendoakan kesejahteraan kalian semua di sana.

Balik umrah nanti,cerita umrah pulak.

Sekian,salamat..

Salam ‘Alaykum Warahmatullah..     

"Doakan saya"

Mavi Marmara



4 Jun 2010.

5.00 petang.

Mavi Marmara berlabuh di Solah Petra,Irbid,Jordan.


"Ustaz Haji Hasanuddin bin Mohd Yunos,Aqsa Syarif"




"Dr. Syed Muhammad Halim bin Syed Hassan al-Haddad,Haluan Palestin"


"Tuan Haji Jamaluddin bin Ilyas,Yayasan Amal Malaysia"



"Dr. Selamat bin Aliman,Jemaah Islam Malaysia"



"Encik Mohammad Nizam,Haluan Palestin"



"Aswad bin Ismail,Astro Awani"



Berkongsi 1001 pengalaman..

Buat tatapan dan pedoman..

Kami sekalian..







Semoga usaha murni kalian..

Dapat menyedarkan barisan kepimpinan dunia..

Yang sentiasa di awang-awangan..

Mengejar nama dan kemewahan..

Yang sering terlupa atau buat-buat lupa..

Perihal kesejahteraan,persaudaraan dan keamanan..









Semoga usaha jihad kalian..

Diberi berjuta-juta ganjaran..

Bukan hanya di dunia..

Tetapi di negeri akhirat sana..

Yang abadi selama-lamanya..






Semoga usaha yang dimulakan kalian ini..

Dapat disambung oleh kami..

Dari generasi ke generasi..

Sehingga bebasnya bumi  itu..

Dari tangan-tangan kotor laknatullah Yahudi..

Allahuma Amin...



::nota kaki::
Laporan penuh program.Klik sini dan sini