Komplek Madu








Salam mesra buat makcik-makcik dan anak-anak dara mereka.



Hidup di perantauan memang banyak asam garamnya.Lebih-lebih lagi bila hari raya datang menjelma.

Saat tatkalamana sahabat-sahabat dan sanak saudara di Malaysia bergembira dengan lambakan kuih raya di sana,kami di Jordan ini memerah keringat menghasilkan kuih raya bersama-sama demi menghidupkan suasana hari raya di bumi asing ini.

Apekejadah ayat gua syahdu-syahdu sembilu pulak ni?


Stret to de poin.Entri kali ni aku nak gebang sikit pasal aku dengan beberapa orang mahasiswa minda kelas pertama yang tak balik ke Malaysia haritu,berusaha keras menghasilkan kuih raya sendiri di sini iaitu komplek madu.

Walaupun kami semua tak pernah tolong mak kami buat kuih ni masa kat Malaysia dulu,namun berkat usaha gigih dan tidak mengenal erti putus asa,kami berjaya buktikan tiada apa yang mustahil di atas muka bumi ini.

Memang sesuai benar dah kalau sapa-sapa nak jadikan kami menantu ni.Heh..





Dan disini disertakan sekali cara-cara membuat kuih tersebut buat panduan mahasiswa-mahasiswa yang ingin memikat hati mak mentua:

  • Bersiap sedia dengan penuh semangat dan keyakinan.Lupakan sementara segala perasaan berkaitan keluarga dan makwe2 di Malaysia.
  • Meneruskan langkahan ke dapur seraya terus mencapai apron bersesuaian.Apron corak bunga-bunga lebih digalakkan.
  • Sediakan bahan-bahan berkaitan.Komplek sekotak,gula semangkuk,madu secawan,mentega sebuku.Wewwit.
  • Pinjam kuali daripada jiran sebelah.Jika sendiri sudah mempunyai kuali,lebih elok guna yang sendiri punya supaya tak perlu susah payah nak 'ngunjung' kuih komplek ke rumah jiran sebelah bila dah siap nanti.Keh  keh kehdekut.
  • Hidupkan api dengan berhati-hati.Ingatlah orang tersayang.
  • Masukkan mentega ke dalam kuali yang bertuah tersebut.Biar sehingga mentega larut malam.
  • Agak-agak dah umpph,masukkan pula gula dan madu.Kacau sehingga sedap mata memandang.
  • Sedap mata memandang,sedap lagi jika bahu yang mengacau campuran tersebut dapat diurut-urut (tiada kaitan)
  • Bilamana mentega,gula dan madu dah bersatu padu dengan solid,maka tibalah langkah yang paling penting iaitu memasukkan komplek ke dalam  campuran tersebut.
  • Gaul komplek yang baru dimasukkan tadi dengan bersungguh-sungguh sehingga campuran mentega,gula dan madu tersebut memenuhi seluruh pelusuk komplek.
  • Berhenti gaul.Amik napas jap.Pejam mata sambil ingat muka makwe.Sambung gaul balik.
  • Agak-agak dah king dia punya sebati,berhentilah menggaul.Tutup api,ucaplah Alhamdulillah.
  • Langkah terakhir,sudukan komplek tersebut ke dalam papercup.Sambil menyudu,pasanglah lagu raya kuat-kuat sambil menangis teringat kampung halaman.Peh.






















 “LELAKI YANG PANDAI BUAT KUIH RAYA LEBIH DISUKAI MAKWE2.KAH KAH!"





::notakakimesutozil::
Lokasi rumah di dalam gambar-gambar di atas ialah di omahbujang.Kredit untuk penghuni-penghuni rumah tersebut terutamanya untuk Ulamak Radhi as-Syaiti.Keh keh.