Tamat







Perjalanan kehidupan,seringkali sukar dijangka.




Separuh masa pertama....


TAMAT


=(







Manusia datang dan pergi dalam hidup ini.

Persoalannya ketika mereka di sisi, adakah kita menghargai?


Happy Birthday, Dad!



 Are we not like two volumes of one book?




He didn't tell me how to live. He lived, and let me watch him do it.
-Clarence Budington Kelland-



سنة حلوة يا بابا. الله يطول عمرك


Hati







" Dan Dialah yang menyatukan di antara hati-hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan semua  
(harta benda) yang berada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatukan di antara hati-hati mereka,  
akan tetapi Allah telah menyatupadukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa lagi Maha   

Biijaksana "


(al-Anfaal : 63) 


عيد المعلم سعيد






: عيد المعلم سعيد إلى كل الأساتذة في 

المدرسة الوطنية كوتا دالم-

المدرسة الثناوية الوطنية الدينية معهد موار-

المدرسة الثناوية الوطنية الدينية سجامت-


أكادمية الدراسات الإسلامية في جامعة مالايا نيلم فوري كلانتان-

كلية التربية جامعة الوطنية ماليزيا-

كلية الشريعة جامعة اليرموك- 





وجميع المعلمين في العالم






 فيه ماكان ساتو جام جوغا غوا تاإيف دالم عرب ني #


Belakon


Pengalaman gua berlakon sebagai seorang lelaki gagah yang tak reti pasang sobah. 





Sekali-sekala buat-buat tak reti,untuk bagi orang lain ilmu,apa salahnya ye dak?Ceewah.

Tapi part "Bai bai PP Man" tu memang paling haram jadah.Ciskek lu Moja.

Gua harap dengan adanya panduan video ni,warga Irbid terutamanya makwe-makwe dapat pasang sobah dengan lebih baik tanpa bantuan PP Man.

Ok bai.

Ard Kinanah 5 -Cairo,Masjid Sultan Hassan & Masjid Rifa'i -





Hasil tinggalan seni bina kerajaan Mamluk yang masih wujud pada hari ini.Masjid Sultan Hassan  telah dibina pada tahun 1356 di bawah arahan Sultan Hassan,sultan yang memerintah Mesir pada masa itu.Dan ia telah siap sepenuhnya pada tahun 1363.

Di dalam masjid ini terdapat empat kawasan tempat belajar yang tersendiri,mengikut mazhab masing-masing.Menurut sejarah,tujuan pembinaan masjid ini,selain digunakan sebagai rumah ibadat,juga turut digunakan sebagai pusat ilmiah bagi Mazhab Syafie,Maliki,Hanbali dan Hanafi. Oleh itu,masjid ini turut dikenali dengan nama ‘Masjid Empat Mazhab’.

Di dalam masjid ini juga terdapat maqam anak kepada Sultan Hassan.Pada mulanya,maqam yang dibina di dalam masjid ini dikatakan dibina untuk Sultan Hassan sendiri.Namun begitu,Sultan Hassan telah dibunuh semasa pembinaan masjid ini masih berlangsung dan mayatnya tidak dijumpai.Dan akhirnya,mayat puteranya sahaja yang dikebumikan di sini.





Bersetentang dengan masjid ini,terbina pula sebuah masjid yang dinamakan Masjid Rifa’i.Menurut sejarah,masjid ini sengaja dibina bertentangan dengan Masjid Sultan Hassan dengan tujuan untuk bersaing dengan masjid tersebut dari sudut seni bina.

Mula dibina pada tahun 1869 di bawah arahan ibu kepada Ismail Pasha,Khushyar Hanim.Di dalam masjid ini terdapat beberapa maqam ulama’ terkenal seperti Ahmad al-Rifa’i,Ali Abi Shubbak dan Yahya al-Ansari.Juga terdapat maqam Ali Pasha dan ibunya,Khushyar Hanim.

Aku tak sempat nak masuk Masjid Rifa'i ni sebab dah lewat.Pak cik yang jaga masjid tu dah tutup.Jadi takdelah gambar yang dapat ditangkap.Nak tengok search la kat lebai google.

Gambar lain Masjid Sultan Hassan.Sini

Ard Kinanah 4 -Cairo,Masjid Amr al-'Asr





Masjid pertama dibina di Mesir,malah di benua Afrika.Dibina pada tahun 642 Masihi, pembinaan masjid ini telah diarahkan oleh khalifah Islam pada masa itu,al-Farouq Umar al-Khattab.

Dinamakan dengan nama Masjid ‘Amr al-'Asr bersempena dengan kejayaan tentera Islam pimpinan 'Amr al-Asr menawan kota Kaherah pada masa tersebut.

Binaan awal terdiri daripada tanah liat,berbumbungkan pelepah tamar dan bertiangkan pohon-pohon kurmak.Pada kurun ke-9,ianya telah di ‘upgrade’ dengan binaan yang lebih kukuh dan keluasan yang lebih besar.

Masih lagi aktif beroperasi sebagai tempat ibadat bagi umat Islam,hingga hari ini.Juga dibuka kepada pelancong-pelancong luar yang bukan beragama Islam untuk melawat masjid ini ketika bukan waktu solat.

Lagi info? Cik Wiki

Lagi gambar? Fesbuk

Ard Kinanah 3 -Sinai, Gunung Sinai-


“ Dan engkau (Muhammad) tidak berada di Gunung Tur ketika Kami menyeru (Musa dan memberi wahyu kepadanya dahulu), tetapi diturunkan rahmat al-Quran dari Tuhanmu (yang menerangkan kisah itu) supaya engkau memberi amaran kepada kaummu yang telah lama tidak didatangi sebarang Rasul pemberi amaran sebelum engkau, semoga mereka beroleh pengajaran "

(al-Qasas, 46)   





Selain dikenali dengan nama Gunung Sinai, gunung ini juga turut dikenali dengan nama Gunung Tur dan Jabal Musa.Terletak bersebelahan dengan Gunung Catherine iaitu gunung yang tertinggi di Mesir, gunung ini dipercayai sebagai gunung tempat Nabi Musa bermunajat kepada Alllah selama 40 hari 40 malam dan juga tempat Nabi Musa menerima kitab Taurat daripada Allah Taala.

Selepas Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel berjaya melarikan diri daripada kekejaman Firaun,mereka berhenti seketika di kawasan pergunungan ini.Kemudian, Nabi Musa meninggalkan kaumnya untuk bermunajat kepAda Allah Taala di puncak gunung ini.Sewaktu tempoh munajat inilah Nabi Musa memohon kepAda Allah Taala agar menunjukkan zat-Nya kepada baginda.

Allah Taala kemudian mengarahkan Nabi Musa supaya melihat di suatu sudut bukit.Dan secara tiba-tiba, bukit tersebut hancur lebur.Melihat keadaan tersebut, Nabi Musa terperanjat lalu pengsan.Apabila sedar,baginda terus bertasbih memuji kebesaran Allah dan memohon ampun atas kesalahannya.Dan Allah Taala kemudiannya menurunkan kitab Taurat kepada baginda.

Peristiwa ini diceritakan di dalam al-Quran, iaitu dalam surah al-A’raf, ayat 143 hingga 145.

http://www.facebook.com/album.php?id=100000111185550&aid=61111
                                

Sembelih






Misuarat muhasabah AJK Ladang Aidil Adha PERMAI 2010 telah dilangsungkan dengan gilang gemilang lagi bergemerlapan malam tadi.gila apa dah dua bulan lebih baru nak meeting muhasabah.Walaupun pada mulanya misuarat macam tak berapa nak jadi sebab cuaca hujan macam nak turun salji, tapi Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

Sebagai seorang pengarah yang pemalas lagi pemalu, geger jugak rasanya aku bila kena kondak misuarat tersebut setelah beberapa bulan tak bermisuarat.Lagi lagi bila berhadapan manusia-manusia hebat dan terkenal seperti hazen,aqamah dan lain-lain.Namun Alhamdulillah sekali lagi semuanya berjalan lancar.

Jadi dengan berakhirnya misuarat tersebut, maka berakhirlah  tugasan aku secara rasmi.Terima kasih diucapkan kepada semua kawan-kawan terutamanya AJK aku sendiri yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan kelancaran program tersebut.

Terima kasih juga kepada semua ahli PERMAI kerana  memberikan kerjasama yang cukup solid bagi menjayakan program ini.Semoga Allah balas jasa baik kalian dengan memberikan kalian jodoh yang baik lagi beriman.Amin.

Gambar lagi? sini

Ard Kinanah 2 -Dumyat, Kutip Kerang-



" Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di muka bumi, yang halal lagi baik " 
(al-Baqarah, 168)




Selain terkenal dengan Ra’sul Bar, Dumyat juga terkenal dengan kerang.Sapa pergi Dumyat tapi tak pergi tangkap kerang,umpama pergi Key Ell tapi tak pegi KLCC orang kabo.Peh bukan main ‘king’ perumpaman dia.

Kerang-kerang Dumyat memang besar ya ampun.Besar biji mata, besar penumbuk, besar tapak tangan nyiru kami tadahkan,semua ada.Memang puas hati la gua cakap lu.

Ekspidisi menangkap kerang kami bermula seawal terbit mentari pagi bagi remaja-remaja,iaitu pukul 10.Perjalanan dari rumah tempat kami menginap ke pantai dekat sahaja, kira-kira 10 minit perjalanan menaiki ‘El Tramco’.Peh bukan main sedap nama.

Sesampai sahaja kami di pantai,kelihatan sudah ramai manusia-manusia lain gumbira dengan hasil kutipan kerang masing-masing.Kami memandang tanpa rasa dengki dan iri hati walau secubit kerana kami percaya rezeki Allah ada di mana-mana.Kami pun meneruskan langkahan perlahan-lahan dengan tangan di belakang sambil berzikir memuji kebesaran Ilahi.

Selang beberapa minit, agak-agak sampai di tempat yang ‘sedap’, kami pun memberhentikan langkahan.

“Sini banyak ni.Jom” ajak Sapiq, orang asli Dumyat merangkap Pengarah Program aktiviti hari itu.

Tanpa membazirkan masa kerana kami tahu membazir itu amalan syaitan,kami pun terus memulakan aktiviti kutip kerang pada hari tersebut.

Alhamdulillah,kami dapat banyak kerang.Kemudian kami pun balik lalu masak kerang tersebut.Selepas itu,kami pun makan lalu kekenyangan dan terus tertido.Peh bukan main malas nak cerita.Tengok gamba jelah.Picit sini.

Ard Kinanah 1 -Dumyat, Ra'sul Bar-



“ Dia biarkan air dua laut itu mengalir,sedang kemudian keduanya pula bertemu.Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya.Maka nikmat  Tuhan yang manakah kamu dustakan? ”

(ar-Rahman, ayat 19-21)







Ra’sul Bar letaknya di daerah Damietta,Egypt. Atau ‘Dumyat’ dalam Bahasa Arab.

Ianya tempat di mana berakhirnya perjalanan Sungai Nil sepanjang 6695 KM.

Sungai Nil telah bertemu dengan Laut Mediterranean di titik ini.

Ada juga pendapat menyatakan tempat ini  ialah tempat pertemuan Nabi Allah Musa dengan Nabi Allah Khidir.

Allahu A'lam.



Gambar lagi picit sini