Harap




Terengganu







Kalau tidak mahu kecewa, janganlah mengharap.


Tetapi berharap kepada Allah, sesekali tidak akan pernah kecewa.


Mohonlah pada Allah. Dia sebaik-baik tempat bergantung harap.








Ramadhan sudah empat hari.


Apa yang telah kita isi?




Doktor Pawer, Cikgu Lagi Pawer





Pasir Gudang, Johor







"Dah besar nanti, kamu nak jadi apa?"


"Cikgu"


"Kenapa nak jadi cikgu? Tak nak jadi doktor?"


"Sebab kalau saya jadi doktor, saya cuma jadi seorang doktor.Tapi kalau saya jadi cikgu, saya boleh lahirkan ramai doktor"












*Kalau cikgu kawen dengan doktor, agak-agak lagi pawer tak? Kahkah.

Penjual Sate Nan Bercinta




Irbid, Jordan.







Harun merenung sate itu dalam-dalam. Tanpa kelip.


Ada kisah yang sukar diungkap tentang dirinya, berkait rapat dengan makanan kegemaran ramai rakyat Malaysia itu. Kisah yang pada mulanya disangka mampu mengubah nasibnya. Mungkin juga masa depannya.



---------------------------------------------------------------------------------------------



“Hello. Assalamualaikum. Ini omahbujang ke?” kedengaran suara halus, mulus di hujung talian.


“….....” Senyap. Tiada jawapan.


“Hello. Hello. Ini omahbujang ke?” soalan diulang.


“Ye, saya”. Harun tersentak. Tersedar dari lamunan.


“Saya nak tempah sate, 50 cucuk boleh?


“Boleh, insyaAllah.”


“Ada tausil kan?”


“Aah, ada.Rumah kat area mana ye?”


“Area Duwar Qubbah, Imarah Basyar. Bawah tanah belah kiri.”


“Ok, InsyaAllah. Nanti kalau dah nak sampai, kami call ye”


“Eh, tapi rumah saya bawah tanah. Takde line telefon. Takpe, nanti kalau dah sampai ketuk je pintu rumah. Nanti saya buka pintu”


“Ok.InsyaAllah.



----------------------------------------------------------------------------------------------------



Tersentak.


Harun terkesima . Suara yang baru didengar sebentar tadi benar-benar mencuri perhatiannya.Mencuit hatinya.


Suara yang halus,mulus,lemak,merdu. Semuanya diadun menjadi satu. Menjadi suara yang begitu indah untuk didengar.


Harun bertekad ingin mengenali si pemiliknya. Dia sudah terpesona. Nekad!



-------------------------------------------------------------------------------------------------------



“Woi Harun, kau termenung apa lagi? Harini kita tausil kan?” tanya Jamal. Rakan seperniagaan Harun.


“Aah” Harun menjawab. Acuh tak acuh.


“Ok. Kita bahagi dua. Kau hantar area Syimali. Aku hantar area Duwar Qubbah. Ok?”


“Eh, eh. Tak naklah. Kita tukarlah. Aku hantar area Duwar Qubbah, kau  hantar area Syimali. Orait?”


Jamal berkerut dahi.


“Aiik. Apa ke pelik kau hari ni. Biasanya kau malas nak tawsil jauh-jauh. Hari ni lain macam pulak?”


“Hehe” Harun tersenyum nipis.



----------------------------------------------------------------------------------------------------



“Tok tok tok. Assalamualaikum”  Harun mengetuk daun pintu rumah bawah tanah sebelah kiri, Imarah Basyar, seraya terus memberi salam.


Dadanya dup dap dup dap.Berdegup kencang.


“Assalamualaikum”. Salam diberi sekali lagi, setelah yang pertama tadi semacam tiada jawapan.


“Waalaikumussalam. Sekejap ye”


Selang beberapa minit, daun pintu mula terkuak. Harun menanti dengan penuh debar.


Sebaik pintu terbuka,susuk tubuh seorang lelaki muncul di hadapannya. Harun pelik.


“Ada tempah sate ke tadi?” Harun bertanya kepada lelaki tersebut.


“Aah, kawan saya yang tempah tadi. Sekejap ye, dia pergi ambil duit”


"Ok"



--------------------------------------------------------------------------------------------



 “Eh, dia ni duduk dengan perempuan ke? Biar betik?” Harun bermonolog sendirian di dalam hati.


Beberapa ketika, muncul seorang lagi lelaki, berpewatakan lembut menghulurkan duit kepadanya.


“Berapa dinar ye semua? 10 kan?” tanya lelaki tersebut.


“Err..errr…Aah. 10 dinar”


Harun terperanjat beruk. Suara lelaki ini sama dengan suara yang didengarinya di telefon sebentar tadi.


Harun terus mengambil duit tersebut. Dan terus berlari balik rumah lalu makan nasi lauk kicap.








**Lain kali nak tempah sate ke, hape ke, suara tu tak payahlah nak lembut-lembut sangat. Cilakak betul budak-budak junior ni. Aku lempang karang, jadi Balotelli terus nanti, baru tau.





Gila


Isketambola, Turkey.




Ingin memetik bunga di taman,

Apa jawapan tuan punya badan?






Gila malam exam.

Haaissh.



Tanya Sama Hati

Kluang, Johor.





Masa berjauhan,  

Apa  nan dikenang,


Bila difahamkan, 


Itulah sayang.

=')

Takdir

'Uyun Musa, Egypt.





Ambil masa duduk sebentar, fikir tentang kehidupan.



Terkadang takdir itu, sangat pahit untuk ditelan.

Tapi sebagai manusia, adakah ada daya upaya kita mengubahnya?



Sandarkan pada Allah.

Hatta sekecil-kecil butir pasir itu milikNya, inikan pula kehidupan kita.