GELANDANGAN EROPAH (DUA)



Dalam kapal terbang, aku tak boleh nak tido sangat. Sekejap -sekejap terjaga bunyi anak orang sebelah nangis, sekejap-sekejap terjaga bunyi anak orang depan gaduh, sekejap-sekejap terjaga bunyi pramugari cun lalu sebelah. Pantas aku istighfar.





Sambil-sambil tak boleh tido tu, tiba-tiba aku teringat dokumen-dokumen yang aku sediakan untuk ‘go through’ imigresen kat aepot nanti semua takde dengan aku. Dokumen-dokumen macam tiket flight pegi balik,‘hostel booking confirmation’, tiket-tiket bas, alamat Malaysia Hall, semua ada dalam fail dalam bagpack aku kat ‘hold luggage’. Beg tu cuma boleh aku amek lepas lalu imigresen nanti.


Maka dup dap dup dap lah jantung aku sebab dengar cerita dari kawan-kawan dan jugak dari bacaan blog-blog yang aku google sebelum ke UK ni, kita akan ditanya macam-macam kat imigresen tu nanti. Dan bukan senang nak lepas sebab pegawai imigresen yang jaga tu sangat strict. Ada kemungkinan kita tak dibenarkan masuk ke dalam negara mereka kalau mereka rasa ada yang tak kena dengan kita. Kalau kita nampak tak yakin, teragak-agak, ada kemungkinan kita akan dihantar pulang. Maybe jugak akan dilokap. Peh, lokap wa cakap lu. Gila cuak-cuak kentang jugak aku masa tu. Tiba-tiba aku rasa macam Rizwan Khan dalam My Name is Khan.


Jam 12.15 tengah malam waktu UK, pesawat mendaratkan jasadnya di Lapangan Terbang Gatwick, London. Aku menghela nafas syukur. Selawat dialun beberapa kali. Semoga dengan keberkatannya, ketenangan kembali menguasai.






Mengikut apa yang aku baca, bila berdepan dengan pegawai imigresen nanti, kita mesti tenang setenang-tenangnya. Namun setenang-tenang air di sungai, jangan disangka tiada buaya. Ok, takde kait pun peribahasa ni sebenarnya.


Maksud aku, jangan jawab tergagap-gagap. Be confident. Dekat sini sebenarnya salah 
satu latihan dan juga tujuan aku pergi travel sorang-sorang ni, iaitu membina keyakinan dalam diri. Maka dengan semangat proton waja setelah keyakinan aku kembali pulih, aku memberanikan diri melangkah keluar dari perut kapal terbang lantas terus menjejakkan kaki ke bumi London buat kali pertama dalam hidup.






Perjalanan dari kapal terbang nak menuju ke tempat imigresen tu boleh tahan jauh nokharom. Keluar dari kapal terbang pukul 12.30, pukul 1.00 pagi baru sampai. Setengah jam jugak tu. Nasib baik aku lenggang mak limah je, tak bawak beg berat-berat. Kalau tak mau pengsan dua tiga kali jugak baru sampai.


Sesampai je kat tempat imigresen tu, perkara pertama yang
  aku buat ialah kena isi ‘landing card’. Dalam kad tu kena isi nama kita, nombor passport,  alamat tempat tinggal kat UK dan lain-lain lagi. Benda-benda lain tu aku boleh isi sambil pejam mata je, cuma bila dia suruh isi alamat tempat tinggal kat UK tu, aku mula menggelabah. Mana aku ingat alamat penuh Malaysia Hall. Semua dokumen tertinggal dalam fail kat beg aku. Maka dengan pura-pura konfiden aku bantai tulis je apa yang aku ingat.  







Selamba aku tulis ‘Malaysia High Commissioner’ kat bahagian alamat tu. Sepatutnya aku kena tulis ‘Malaysian High Commission’ (Suruhanjaya Tinggi Malaysia), bukan ‘Commissioner’. Kahkah. Gelabah gila. Kalau Commissioner tu merujuk pada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London waktu tu,TYT  Datuk Zakaria Sulong.


Lagi satu, ‘High Commission’ dan ‘Education Malaysia UK’ ialah dua tempat yang berbeza. Aku pulak dengan rileknya tulis tempat tu dalam satu alamat, kat ‘Queensborough Terrace’. Terang-terang dah nampak salahnya. Bengong betul kepala hotak aku masa tu. Haha.






Lepas settle isi semua, dengan lafaz Bismillah, aku meneruskan langkahan ke kaunter imigresen dengan muka penuh kekonfidenan, walaupun jantung rasa macam dah berhenti. Sampai je kat kaunter, aku pun bagi ‘Hello’dekat akak imigresen yang jaga kaunter tu dengan wajah paling menawan lagi manis, semanis kurma di TV9.


Tapi hareeem akak tu langsung tak senyum balik  kat aku. Dia cuma balas ‘hello’  je, tapi dengan muka masam mencuka. “Mungkin dah pukul 1 pagi kot, dia dah penat kerja dari siang tadi” aku cuba berhusnuzzzzzzon.


Aku cuba perhati sekilas muka akak tu. Sekali pandang, muka dia macam Queen Latifah, pelakon wanita kulit gelap Amerika. Dengan badan besar-besar sikit, memang samalah kalau pandang sekali dua. Cuma masalahnya dia tak nak senyum langsung kat aku, tu yang buat aku cuak tu. Karang tiba-tiba dia tengking aku, mau terkencing kat situ jugak aku dibuatnya. Orang-orang kulit gelap ni jangan dibuat main.


Dengan suara garang-garang dia tanya kat aku macam-macam soalan, antaranya,


“Where are you from?”
“Why are you coming to UK?”
“What is the purpose of your trip?”
“How long you gonna be here?”
“Where do you want to stay in London?”


Semua soalan yang dia tanya kat atas tu aku berjaya jawab penuh bergaya lagi berkeyakinan. Cuma bila sampai soalan last tu, dia pandang aku lain macam. Aku dah agak dah, aku tulis alamat tu tak betul, mesti problem punya.


Lepas tu dia tanya aku lagi, aku belajar kat mana. Aku jawab la Jordan. Sudah! Dia tenung aku makin lain macam. Dia syak aku pengganas militan  ke apa ni. Ciskek betul la. Nasib baik aku dah pendekkan janggut sebelum datang sini haritu.


Lama jugak dia tenung aku. Aku pun tak tau nak buat apa, aku tenung la dia balik. Tiba-tiba dia buat muka bengis macam harimau bintang, terus aku tunduk pandang lantai sambil goyang-goyang sebelah kaki. Seminit dua jugak situasi ni berterusan. Dalam diam-diam tu, aku teruskan baca selawat dalam hati, semoga Allah lembutkan hati dia supaya bagi aku lepas je.


Selang beberapa saat, dush! Passport aku dicop. “Welcome to London”, akak Queen 
Latifah tu ucap kat aku acuh tak acuh.


Alhamdulillah!






Keluar je dari kaunter imigresen tu, hati aku lega selega-leganya. Takut jugak aku kalau tak lepas kena  hantar balik ke, kena tahan dalam lokap ke. Raya kat lokap la aku jawabnya haha. Tapi Alhamdulillah berkat ketenangan, keyakinan dan kehenseman menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh Queen Latifah, aku berjaya meloloskan diri jua.



Lepas tu, aku terus menuju ke tempat tunggu beg untuk amek beg aku. Tunggu dua tiga minit, beg aku keluar dengan kacak bergaya. Aku terus angkut beg tu dan menuju ke pintu keluar. Tapi tiba-tiba, aku ditahan oleh seorang pegawai lelaki bermuka kacak kat aepot tersebut. Apehal pulak ni….








Dia nak check beg aku rupanya. Dia bagitau dia pilih orang secara rawak. Aku pun iye kan je lah, malas nak gaduh-gaduh.Aku bukan bawak marijuana ke apa. Cuma ada tshirt 3 helai, kemeja 2 helai, seluar sehelai, kasut sepasang, laptop sebijik dengan ayam Dale’ dua ketul haha. Lepas dia dah puas hati, dia bagi aku lepas. Settled.


Bila dah selesai semua, aku tenung sekilas jam kat tangan. Baru pukul 1.30 pagi. Aku nak tido kat mana malam ni?








Fikir-fikir balik, rasa macam malas nak tido malam ni. Sebab sekarang musim panas, jadi siang awal kat sini. Pukul 4.15 dah masuk subuh, pukul 5.15 dah terang benderang. Cuma kena tunggu dalam tiga jam je lebih kurang. Jadi aku decide nak lepak duduk-duduk je sambil cas henset ke, main laptop ke, main intenet ke kalau ada, main lari-lari ke. Lepas tu pukul 4.00 sahur, semayang subuh dan terus keluar.


Pusing punya pusing kat aepot tu, jumpa satu port baik yang memang disediakan untuk main laptop dan rehat-rehat. Ada tv sekali kat situ. Ramai jugak gelandangan-gelandangan lain lepak area tu. Ada yang duduk-duduk, yang baring-baring, yang tidur dalam sleeping bag, tidur atas kerusi, tidur terlentang, meniarap, terbongkang, semua ada. Aku steady keluarkan laptop dan terus main Solitaire. Kah!







Tak sampai beberapa minit main game daun terup tu, aku teringat kadang kat aepot ni ada disubsidikan wifi free. Terus aku lincah bukak google chrome. Pap! Memang ada. Cuma dia hadkan masa, 45 minit sahaja untuk satu peranti elektronik. Nasib baik aku ada dua peranti elektronik pada ketika itu iaitu Laptop Compaq Presario CQ40 dan juga Telefon Pintar Samsung Galaxy Ace S5830. Dapatlah aku bermain internet selama lebih kurang 1 jam setengah sahaja hendaknya. Peh skema betul nadanya.



Dengan adanya sumber internet tu, dapatlah aku mesej fesbuk sembang-sembang sikit dengan mak aku bagitau dah sampai dengan selamat. Alhamdulillah dapat jugak kontek mak aku akhirnya. Pastu aku mesej dengan adik aku sikit, dengan makwe aku sikit dan jugak up status sikit buat poyo-poyo dah sampai London haha.





Sedar tak sedar, jam kat tangan menghampiri angka 3.30 pagi. Aku kena siap-siap untuk sahur sebab lepas aku google tadi, waktu subuh kat sini masuk pukul 4.15 pagi. Ada lagi lebih kurang 45 minit. Lincah-lincah aku kemas laptop masuk dalam beg balik, seraya terus bergegas menuju ke kedai runcit pakcik WHSmith untuk beli air mineral. Aku dah kehabisan air minum, dan aku kena minum banyak air masa sahur ni sebab harini aku plan nak pusing London jalan kaki. Waktu buka puasa kat London ni pulak lebih kurang pukul 8.45 malam. Gila jugak lepas 16 jam lebih baru boleh minum air balik.


Air mineral kat kedai WHSmith tu harga dia 2 pound, sama dengan 10 ringgit Malaysia. Gila betul, air mineral botol kecik je harga sepuluh ringgit. Tapi sebab nak sahur punya pasal, aku bedal je.Lepas beli air tersebut, aku Bismillah dan terus ngap ayam Dale3, roti dan jugak air mineral sebagai juadah bersahur aku di hari terakhir Ramadan 1434 Hijrah tersebut.







Pukul 4.00 pagi, selesai sahur. Terus aku niat ‘nawaitu sauma ghodin’ siap-siap. Aku memang nekad nak puasa satu hari penuh harini walaupun kadang-kadang timbul jugak niat macam takpe je kalau tak puasa sebab musafir. Tapi bila pikir-pikir balik harini hari last puasa, dan aku jugak nak merasa pengalaman puasa hampir 17 jam kat London masa musim panas ni, jadi aku bulatkan tekad aku mesti puasa harini, walau apa jua halangan dan rintangan yang ditempuhi. Chayok chayok!  *muntah*


Settle sahur, aku turun cari tempat yang sesuai untuk solat Subuh. Pusing punya pusing, aku terjumpa sesuatu yang belum pernah aku jumpa kat mana-mana tempat sebelum ni iaitu










Chapel & Prayer Room. Gereja kecil  dan bilik sembahyang. Dalam bilik ni, semua agama boleh buat aktiviti keagamaan mereka. Penganut Islam boleh solat, penganut Kristian boleh guna buat sembahyang mereka, dan penganut agama-agama lain pun takde hal kalau nak guna bilik ni. Jadi kira macam mana ni? Kebebasan dalam beragama ke camne?



”Sepatah dua kata daripada manusia-manusia yang pernah guna prayer room ni”




Bila dah masuk waktu, aku solat subuh sorang-sorang kat dalam bilik ni. Alhamdulillah semuanya lengkap disediakan. Ada sejadah, karpet bersih, malah al-Quran juga ada dalam bilik ni. Cuma kat sebelah al-Quran tu ada kitab-kitab agama lain macam Bible, dan lain-lain.


Selesai solat, aku  usha-usha papan tanda kat belakang bilik tu. Usha punya usha, aku nampak jadual waktu sahur dan buka puasa ada ditampal  kat situ. Aku cek harini punya, dia tulis waktu sahur habis pukul 3.48 pagi. Padahal aku tengok kat internet tadi, habis pukul 4.15. Pukul 3.48 pagi tadi, aku tengah sedap lagi bedal ayam dale’ dua ketul dengan roti. Ni nak kira macam mana puasa aku ni?





Oleh sebab aku tak tau, maka selamba aku teruskan jelah puasa aku. Apedehal.


Lepas solat dan lepak-lepak, jarum  jam baru tunjuk pukul 5.00 pagi. Aku dah booking siap-siap ‘Easybus’ untuk bawak aku dari Gatwick Airport ni ke tengah-tengah kota London pukul 6.20 pagi nanti. Ada lebih kurang sejam setengah lagi. Aku tempah awal bas tu, lebih kurang tiga empat bulan sebelum terbang. Oleh sebab tempah awal, harganya murah sajor iaitu 2.00 pound. Kalau beli on the spot, makan belas-belas pound jugak aku rasa.

Sementara tunggu pukul 6.20 tu, aku cas henset lagi. Sambil cas sambil habiskan baki juzu’ 28.


  


Pukul 5.45, aku keluar dari aepot menuju ke tempat tunggu Easybus tu. Pagi dah terang benderang, burung-burung dah berkicauan riang. Aku pun main tangkap-tangkap gambar, test kamera pawer ke tak.






Pukul 6.20 pagi, bas datang on time. Aku terus naik menatang tersebut, dan meneruskan gelandangan menerobos kota London di hari terakhir bulan Ramadhan berseorangan.










'Teaser next entri lah konon-kononnya ni haha'



4 comments:

Muhammad hamizan bin yusof said...

nice story, bro..huhu..nak tanye,sape tukang tangkap gambo?
..huhu

Muhammad hamizan bin yusof said...

nice story, bro..huhu..nak tanye,sape tukang tangkap gambo?
..huhu

Helmy said...

tangkap sendiri guna tripod. tapi kadang-kadang ada je aku mintak orang tolong tangkapkan.

Unknown said...

boleh buat buku la emy....seronok baca ...buat novel eh!