GELANDANGAN EROPAH (SATU)





Ada sedikit desakan daripada kawan-kawan, juga bisikan halus daripada makwe-makwe menyuruh aku membumikan pengalaman-pengalaman  bergelandangan di bumi Eropah beberapa purnama yang lalu dalam bentuk yang lebih enak untuk dibaca.


Atas sebab aku dah habis exam dan tinggal nak tunggu konvo sajor, maka aku pun dengan berat hati memaksa diri untuk menaip.


Semoga ada manfaat untuk sesiapa yang membaca, tak kiralah anda kacak ataupun tidak.




************************************************************************************************************************************





Perjalanan bermula pada hari Selasa, 6 Ogos 2013 bersamaan 29 Ramadan 1434H. Dua hari sebelum umat Islam menyambut hari raya Idul Fitri. Tiket dah dibeli 9 bulan awal, nak murah punya pasal haha. Harga tiket lebih kurang seratus pound lebih , dalam 600-700 ringgit Malaysia macam tu kot. Ntahlah, dah lupa.


Lepas solat Zohor dan solat sunat musafir dua rakaat, aku terus angkat beg dan berazam memulakan perjalanan. Tiba-tiba, aku letak beg kembali. Ada satu benda penting gila aku terlupa. Benda wajib bagi budak-budak zaman sekarang iaitu....




Update status facebook. Kahkahkah.







Lebih kurang pukul 2.00 petang, perjalanan dimulakan. Aku naik teksi dari depan rumah, terus ke Mujamma’ Amman. Brader teksi yang bawak aku tanya aku nak pergi mana hemsem-hemsem wangi-wangi bawak beg besar-besar ni. Bila aku cakap nak pusing Eropah sebulan, terus dia cakap English dengan aku, tanak cakap arab dah.  Aku pun poyo-poyo jawab  English balik. Haram jadah dia senyap terus lepas tu. Tak faham lettttteewww aku cakap apa.


Sampai Mujamma’, aku terus sambar tiket bas ‘Jett’ Irbid-Amman. Bas bergerak pukul 2.30 petang. Sebaik je bas bergerak, hati aku jadi sayu. Sayu nak tinggalkan Irbid haha. Dalam fikiran aku, macam-macam yang difikirkan. Betul ke tindakan aku jalan sorang-sorang tak bagitau member-member ni? Berjaya ke aku balik semula ke Irbid ni lepas sebulan nanti? Cukup ke duit aku nak jalan-jalan sepanjang perjalanan ni. Boleh ke jumpa makwe-makwe cun nak buat calon isteri sepermusafiran ini?


Tawakkal.





Dalam bas, aku cuba menidurkan diri tapi haram jadah tak berjaya. Macam-macam perkara bersipongang dalam kepala hotak aku. Bila tak boleh tidur, aku capai henset. Aku buka aplikasi ‘Quran for Android’ lambang kesolehan dalam diri. Aku cuba habiskan lagi empat juzu’ berbaki untuk khatam sebelum berakhirnya bulan Ramadhan dua hari lagi.


Baca punya baca, tak sampai satu muka, kepala aku pening rasa nak muntah. Hampeh. Terus aku tutup aplikasi tersebut dan pejam mata buat-buat tidur sambil fikir benda-benda indah seperti sedang makan nasi lemak sambal sotong Khairul Naim Mansor.


Pukul 3.45 petang, bas sampai ke Hentian Tobarbur. Aku terus ambil bas Sariyah kuning untuk ke airport. Harga dia 3.25 Jordanian Dinar. Nampak macam murah padahal 15 ringgit Malaysia jugak bila diconvert. Dalam bas, aku cuba sambung baca juzu’ 27 tadi. Alhamdulillah, dah tak pening. Sempat baca Rahman, Waqiah, an-Najm dan lain-lain surah sambil sekali-sekala mencicipi pemandangan di luar jendela. Maksud mencicipi ni apa aku pun tak tau sebenarnya.






5.15 petang: Sampai di Lapangan Terbang Permaisuri Alia Amman. Sampai-sampai, aku terus berlari ke tandas. Pundi kencing meronta-ronta. Kemudian, terus berwuduk dan solat asar Qasar dua rakaat.


Selesai solat, hati sedikit tenang. Bila tenang, terus teringat perkara paling penting untuk dibuat iaitu telefon mak aku di Malaysia. Mintak restu, mintak nasihat sikit-sikit. Sejauh manapun kita melangkah, mak ayah tetap yang paling utama. Barulah anak soleh namanya.

Kad weinak (kad untuk telefon Malaysia) dikeluarkan dari dalam dompet. Mendail beberapa nombor, dan mengikut arahan-arahan yang diberi untuk menelefon emak di Malaysia. Tapi tiba-tiba, makwe operator dalam talian tu bagitahu percubaan aku untuk telefon tu  gagal. Tak tahu sebab apa. Aku check baki, masih banyak. Aku cuba lagi. Cuba,cuba dan terus mencuba tapi tetap tak berjaya dan akhirnya, aku menangis hiba.Peh, syahdu juga bunyinya.


Tiba-tiba, henset aku berbunyi lambang mesej memasuki peti. Aku buka. Mesej dari mak aku. Tak sempat aku call, mak dah bagi mesej dulu. Aku tak boleh balas sebab takde kredit. Internet henset pun takde, lagilah tak boleh buat apa-apa. Time tu rasa macam loser gila. Takpelah, sampai-sampai London nanti aku terus usaha cuba call mak dulu, hati aku berbisik.







6.15 petang: Menuju ke kaunter penerbangan murah Easyjet untuk check-in. Cuak jugak nak check-in ni sebab bagpack aku besar, dan aku tak beli extra luggage. Oleh sebab penerbangan murah, maka beg yang dibenarkan untuk dibawa bersama secara percuma ada ukurannya yang tertentu. Kalau ikut ukuran yang diorang bagi, memang tak lepas beg aku nak bawak naik atas cabin ni. Sebelum check-in, aku jampi pung pang pung pang  sikit supaya orang yang jaga kaunter tu lembut hati lepaskan je beg aku ni.




Bila sampai kaunter, aku senyum nipis kepada makwe yang jaga kaunter tu. Dia pun ikut senyum. Dia mintak passport aku, tanya aku sorang je ke, dan  tanya macam-macam lagi. Bila dia tengok beg aku, dia tanya lagi,

“Satu ni je ke beg awak? Takde beg lain lagi? Ok, boleh masuk dalam ‘hold luggage’, tak payah bawak naik cabin.”

Hareeeem!!  Buat penat aku je cuak-cuak tadi. Rupanya senang je nak lepas. Bukan setakat lepas, tapi siap boleh masuk dalam ‘hold luggage’, padahal aku tak bayar satu sen pun. Tak payah aku susah-susah angkut beg tu naik cabin. Mungkin sebab orang tak ramai kot harini, aku berprasangka baik. Last-last aku lenggang-kangkung je naik atas flight, tak bawak satu beg pun.

Selesai check-in, urusan imigresen pulak. Alhamdulillah, senang je lepas. Cop sana cop sini, settle.






Jam kat tangan menunjukkan pukul  6.30 petang. Ada satu jam lagi sebelum masuk waktu maghrib, waktu berbuka puasa bagi seluruh umat manusia yang berpuasa pada hari tersebut. Sementara menunggu waktu buka, aku jalan-jalan berpeleseran di sekitar lapangan terbang sambil memerhati gelagat manusia melakukan aktiviti-aktiviti mereka. Ada yang tidur, membaca, main game dekat ipad, baca quran, sms makwe dan lain-lain lagi.


Juadah berbuka aku pada hari itu ialah ayam goreng paling sedap di dunia, Dale’ Karsyak. Ayam goreng ni memang terkenal kepoweran nya, lagi-lagi di kalangan budak-budak melayu di bumi Irbid. Aku beli siap-siap bende alah ni malam sebelum bertolak. Dengan harga 2.75JD, aku dapat empat ketul ayam, beberapa keping roti dan sedikit mayonis. Dua ketul buat buka, dua ketul buat sahur.Boleh la nak buat isi perut. Nak beli makanan kat airport, aku tak berani sebab macam mahal sangat. Duit aku dahla seciput je haha.


7.35 malam, azan maghrib berkumandang. Aku baca Allahumma lakasumtu sampai habis, pastu aku pun buka puasa berseorangan di tengah-tengah lapangan terbang bertemankan beberapa ketul ayam dan beberapa keping roti. Sobs sobs.







Selesai buka lebih kurang pukul 7.45 malam, aku cari surau untuk solat jamak maghrib isyak. Pusing punya pusing, hampeh tak jumpa. Yang aku jumpa cuma beberapa orang Arab kat satu penjuru, sedang solat maghrib berjemaah. Nasib baik wuduk aku masih ada. Aku terus masuk join jemaah diorang tanpa buka kasut sebab aku yakin kasut aku bersih. Ewah  dah macam orang yang solat dekat perhimpunan TURUN kat KL haritu gayanya, tak buka kasut.


8.00 malam, pintu untuk masuk ke dalam yeroooplane masih belum dibuka. Semua penumpang yang satu flight dengan aku masih sabar menanti di persekitaran. Aku perati muka sorang-sorang, mana tau ada budak melayu, boleh jugak dibuat member sembang-sembang. Malangnya takde sorang pun. Yang ada cuma muka mat soooleh, dan juga beberapa muka arab kaya nak melancong ke London. Logik jugak takde budak melayu sebab dua hari lagi nak raya dah. Orang melayu gila je jalan-jalan masa raya. Nasib baik aku orang Jawa, bukan melayu kahkah.

Lebih kurang pukul 8.35 camtu, pintu gate tersebut dibuka. Orang ramai-ramai berebut nak masuk ke dalam, manakala aku tenang menghabiskan juzu’ 28. Ceh.














Sementara beratur nak menunggu masuk ke dalam perut yeroooplane, aku sembang-sembang dengan sorang pakcik dari Palestin. Dia bagitau dia duduk dekat Norway, kerja bawak helikopter kat sana. Anak-anak isteri dia semua duduk sana, dah lama tak balik Palestin. Dia suruh aku doakan semoga Palestin kembali aman supaya dia dan keluarga boleh kembali semula ke sana. InsyaAllah.

Pukul 9.00 malam, aku dah dalam perut kapal terbang. Tempat duduk nombor 22D. Sebelah aku pakcik Palestin jugak tapi bukan pakcik yang tadi. Pakcik ni duduk dekat London. Dia bagitau dia ada kedai buku kat London, pinggiran London. Tak tau la betul ke idak. Pakcik ni macam sombong skek, jadi aku macam malas nak sembang dengan dia. Lagipun jantung aku sebenarnya tengah berdetak kencang, memikirkan apa nasib aku yang  bakal bergelandangan berseorangan di Kota London esok hari.

9.30 malam, kapal terbang EasyJet EZY8910 membelah awan menuju bandaraya megalopolis London. Dan aku, masih termangu-mangu, hanya berserah diri sepenuhnya pada Tuhan yang satu.

Bismillahi tawakkaltu ‘alAllah.








6 comments:

Anonymous said...

woi selfie dalam tandas.

-cidak-

Helmy said...

Nak buat macam mana,itu satu-satunya cara supaya ada muka aku haha.

hilmi said...

'mencicipi' tu seingat aku, mak aku cakap maksudnya ratah. verb jawa.

Helmy said...

oh yeke. aku pun baru tau ni. selama ni pakai belasah je haha. tengkiu hilmi.

Muhammad hamizan bin yusof said...

terbaik minam..gelak2 ak baca vocab ko..haha..cepat sambung..wa xsabar..haha

Helmy said...

dah sambung dah mizan, boleh la baca hehe.