GELANDANGAN EROPAH (TIGA)



Easybus membawa aku dari Gatwick Airport menuju Earls Court, London. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam. Tak ramai orang dalam bas tu, cuma ada aku, abang dreba, dan jugak beberapa orang makwe traveler dari Mexico. Aku agak-agak je dari Mexico, sebab sekali pandang muka semua macam Rosalinda Ayamooor je.


Pukul 7.30 pagi, bas memuntahkan penumpang-penumpangnya di kawasan yang dinamakan Earls Court. Earls Court ialah kawasan di dalam daerah Royal Borough of Kensington and Chelsea. Sebelum sampai sini, aku ada google yang stadium Chelsea FC, Stamford Bridge amat dekat dengan kawasan ni, cuma sepuluh minit je jalan kaki daripada sini. Jadi aku decide pagi ni nak jalan kaki je pegi stadium Roman Abramovich tu.












Sepanjang perjalanan, aku jadi jakun. Semua benda nak amek gamba. Padahal bukan cantik sangat pun London ni. Pekan Kokdiang lagi cantik aku rasa. Tengah syok-syok amek gamba, tiba-aku aku terperasan yang macam dah lama jugak aku jalan ni tapi kenapa tak sampai-sampai lagi? Aku kena tipu dengan google map ke? Google map mempermain-mainkan hati dan perasaan aku ke? Tak guna punya google map. Tumbok  kang.

 
Lantas berbekalkan semangat pepatah melayu yang ‘mainstream’ iaitu ‘malu bertanya sesat jalan’, aku terus tahan sorang lelaki London berpakaian pejabat, tanya kat mana letaknya Stadium Stamford Bridge ni. Dia bagitau jalan terus sampai jumpa roundabout, pastu belok kiri, pastu jalan sikit pastu sampai lah. Aku pun terus bagi senyum dan tengkiu kat dia, lambang budi bahasa budaya kita. Perjalanan diteruskan.


Lepas 5 minit jalan, aku tak jumpa jugak roundabout yang dimaksudkan. Waddehek? Kena tipu lagi ke aku ni? Terus aku tanya lagi kat orang sekeliling yang ada kat situ. Rupanya aku dah terlajak. Aku pun patah balik cari roundabout tu. Last-last sekali jumpa jugak, tapi..




Hek elleeeeehh. Macam ni je rupa roundabout kat London. Tak pawer betul. Patut la aku cari tak jumpa-jumpa.



Bila dah jumpa roundabout tu, aku terus belok ke kiri dan meneruskan perjalanan. Sebetulnya, aku sedang melalui ‘Fulham Road’. Stadium Stamford Bridge yang aku google memang letaknya kat kawasan Fulham Road ni. Selang 5 minit perjalanan, sampailah aku di depan stadium kebanggaan penyokong Chelsea tersebut.













Sampai di stadium tersebut,  jam ber angka 8.00 pagi. Setengah jam jugak jalan dari Earls Court tadi. Aku terus main tangkap-tangkap gambar sebab jakun lagi batak.


Puas tangkap gambar, aku pergi ‘main reception’ dia tanya stadium tour start pukul berapa. Dia bagitau pukul 10. Ada lebih kurang dua jam lagi. Gila lama lagi rupanya. Terus aku main snap-snap lagi dan tawaf lagi stadium tu sampai muntah darah. Terus batal puasa.    





































Selesai tawaf stadium tu lapan belas kali, aku masuk pulak dia punya ‘megastore’. Tapi tengok-tengok jelah, tak beli mende pung. Pitih takde boooohhh.















Tup tup tiba-tiba dah pukul sepuluh. Aku pun terus pegi ke ‘main point’ tempat nak mula tour tu dan terus beli tiket. Harga tiket 14 pound sebab aku ada student card. Kalau tade, harga dia jadi 20 pound. Boleh terberak jugak tu harga dia sebenarnya.


Pakej ‘stadium tour’ ni bermula dengan main pusing-pusing muzium. Kat sini kita akan dapat tengok macam-macam khazanah zaman-berzaman pasukan Chelsea. Jersi-jersi lama, piala-piala yang pernah diorang menang, kasut-kasut yang pernah legend diorang pakai, sejarah-sejarah dan macam-macam lagi lah. Tengok sendiri lah gambar-gambar ni.
































Aku nak kata minat, takdelah minat sangat kat Chelsea ni sebenarnya. Tapi sebab aku minat pada bola sepak dan bukan minat pada satu-satu kelab je, maka kalau boleh aku azam nak singgah semua stadium kat UK ni, walaupun cuma dapat jalan-jalan kat luar je, tak dapat masuk dalam pun. Itu pun dah puas hati gila dah aku rasa haha.


Chelsea ni, aku mula kenal masa umur sepuluh tahun kot, masa darjah 4 Mawar. Masa tu zaman Gianfranco Zola tengah up. Peh, memang sedap jugak tengok diorang main. Lagi-lagi masa tu manager dia Ruud Gullit. Lepas tu yang paling aku ingat masa Eidur Gudjohnsen score ‘bicycle cick’ masa lawan Leeds United. Dia punya power bicycle kick tu, sampai aku tiru masa lawan bola peringkat daerah Batu Pahat. Kahkah. Bajet power apa aku nak tiru-tiru dia.







Tapi nak ceritanya kat sini yang aku memang dah lama jugak  minat kat Chelsea ni. Takde la macam sesetengah fan Chelsea yang baru nak up sekarang ni, tapi bila tanya siapa  Zola, Vialli, Deschamp, Gudjohnsen,Hasselbaink,  semua tak kenal. Yang diorang kenal cuma Lampard, Drogba, Hazard, Cech. Itu je. Pastu berlagak macam tau semua benda. Terajang karang baru tau haha.

      

Perjalanan mengelilingi stadium diteruskan lagi dengan main pusing-pusing bahagian dalam stadium pulak. Untuk pusing dalam stadium ni, jadual group aku ialah pukul 10.30 pagi. Tapi tiba-tiba perut aku meragam pulak, nak melepas. Terpaksa aku melepas dulu, pastu baru boleh join tour tu pukul 11.00 pagi. Nasib baik lah boleh main tukar-tukar group macam tu je, tak kena bayar lagi. Kalau tak pokai jugak aku. Stadium-stadium jugak beb, hak perut ni kena jaga. Dibuatnya terlepas kat tengah-tengah padang nanti sapa yang susah?


Jadi pukul 11.00 pagi, aku pun mula pusing bahagian dalam stadium bersama beberapa orang lain dalam group aku. Kami di‘guide’ oleh seorang pegawai yang disediakan oleh pihak pengurusan stadium sendiri. Pegawai tersebut membawa kitorang semua ke bahagian-bahagian penting dalam stadium ni macam bilik persalinan, bilik media, bilik mayat, tempat duduk ‘grand stand’, tempat duduk pemain dan macam-macam lagilah.

















 













"Acah-acah Jose Mourinho haha"



Sepanjang tour ni, antara salah satu fakta menarik yang ‘tour guide’ tu bagitau pada kami ialah tentang bilik persalinan pasukan pelawat. Bilik persalinan pasukan pelawat kat stadium Chelsea ni sengaja dibina dengan keluasan yang amat sempit, semata-mata untuk jatuhkan moral pasukan lawan.



“Kalau gergasi macam Ibrahimovic masuk, kompem tak muat sebab dia tinggi sangat. Terhantuk kepala dia kat siling atas ni” kata tour guide tu.


Tak tau la dia buat lawak ke apa, tapi dari pandangan mata sharingan aku yang dah masuk ke bilik persalinan tu, memang sempit gila nampaknya. Tambah beliau lagi, idea buat bilik sempit-sempit ni datangnya daripada kepala hotak The Special One, Jose Mourinho.






Jose Mourinho mengajar saya. Picit sini



Pukul 12.00 tengahari, acara main pusing-pusing stadium Stamford Bridge pun berakhir. Dan aku dah mula haus serta lapar, sebab sepanjang pusing-pusing stadium tu, aku kena angkut bagpack aku yang beratnya lebih kurang 10-15kg tu. Tak boleh nak tinggal mana-mana, sebab abang stadium tu tak bagi. Terpaksa lah aku angkut beg tu ke mana-mana je aku pergi.

Setelah selesai semua, aku tinggalkan Stamford Bridge dan Abang Lampard dengan berat hati.







Bersambung lagiiii………...


Lembab macam siput sedut jugak cerita aku ni sebenarnya. 



No comments: