GELANDANGAN EROPAH (EMPAT)



Jam di tangan menginjak ke pukul 12.38 tengahari. Cekatan aku menapak meninggalkan Stamford Bridge, kubu kental sebuah pasukan bola sepak yang letaknya betul-betul di tengah kota London, Chelsea FC. Destinasi aku yang seterusnya ialah sebuah lagi stadium yang letak duduknya juga di tengah kota London, Fulham FC. Mengikut pak cik google, jarak antara kedua-dua stadium ini tidaklah berapa jauh, sepelaung jarak cuma.Peh sepelaung. Power jugak laras bahasa aku semenjak dua menjak tiga menjak ni, dah macam Tongkat Warrant gayanya.


Fulham FC Stadium, ataupun lebih dikenali di kalangan penggila bola sepak dengan nama ‘Craven Cottage’. Lokasinya betul-betul bersebelahan Sungai Thames, sungai yang mengairi kota London. Antara stadium yang terawal dibina di London, stadium ini memang kaya dengan sejarahnya yang tersendiri.



“Gambar belas ihsan google maps”




Perjalanan aku  nak menuju ke stadium ni memang banyak betul mehnah dan tribulasinya. Dengan cuaca yang agak panas dan dengan bebanan di bahu seberat lebih kurang 13kg, aku berkira-kira sama ada nak teruskan jalan kaki  ataupun nak naik ‘tube’ menuju ke sana. Setelah tambah tolak darab bahagi x kuasa dua dy dx kira-kira duit semua, aku rasa naik tube adalah benda yang paling kacip sekarang ni sebab kalau jalan kaki, dia punya penat mungkin akan buatkan aku rasa nak pengsan lalu aku akan minum air sirap limau dan batal lah puasa aku pada hari tersebut. Oleh sebab aku masih lagi nak teruskan puasa, jadi naik tube adalah cara terbaik untuk elakkan kepengsanan.


Dari stadium Chelsea tadi, aku menuju ke stesen tube ‘Fulham Broadway’, stesen yang paling dekat dengan stadium tersebut. Dekat situ, aku sambar ‘London Tube Map’ sehelai dan terus buat-buat baca peta perjalanan tube tersebut. Macam hareeeeem berselirat serabut gila dia punya peta, terus aku pergi kaunter pertanyaan, tanya macam mana nak pegi Craven Cottage dari sini. Abang kaunter tu bagitau kena amek line warna hijau, dan berhenti kat stesen tube, ‘Putney Bridge’. Dari situ, jalan kaki sepuluh minit pastu sampai lah ke stadium tu.








Maka dengan Bismillah aku pun terus topap 5 pound ‘Oyster Card’ yang aku pinjam daripada abang kacak Wan Muhammad Najib. Lepas topap, terus aku naik tube tersebut dan menuju ke stesen Putney Bridge. Nak tau Oyster Card tu apa,pegi  google sendiri. Malas aku nak taip panjang-panjang kat sini kahkahkah padan muka.


Selang beberapa minit, sampailah aku ke stesen tersebut. Dan perjalanan diteruskan dengan berjalan kaki menuju ke stadium Fulham FC, Craven Cottage.








Perjalanan menuju stadium tersebut tak semudah yang aku sangka. Banyak betul onak dan duri yang terpaksa aku tempuhi. Selain badan yang dah kepenatan dan tak bermaya, masalah sesat dan tersilap jalan adalah masalah yang paling utama. Tujuh lapan kali jugak aku berhenti tanya orang untuk sampai ke stadium tu. Rasa macam David Beckham pulak, asek speaking omputih je tanya orang tu tanya orang ni haha. Akhirnya setelah berpenat-penatan, sampai jugak aku ke stadium abang Berbatov ni.








Mengikut sejarah, Craven Cottage pada asalnya dibina pada tahun 1780. Namun begitu, ianya hanya dijadikan ‘kubu’ kepada pasukan bola sepak  Fulham ini pada tahun 1896. Antara stadium yang terawal dibina di London, stadium ini pada mulanya bukan sahaja untuk sukan bola sepak, malah turut juga digunakan untuk acara sukan yang lain seperti ragbi. Stadium yang lokasinya bersebelahan Sungai Thames dan juga Bishop  Park ini dikhabarkan berkapasiti lebih kurang 25700 tempat duduk.


Bagi aku, stadium Fulham ni biasa-biasa sajor, tak cantik mana pun. Stadium JDT kat Larkin lagi cantik aku rasa haha. Stadium ni agak pelik sebab kalau tengok reka bentuk binaannya daripada luar, tak macam stadium sangat pun rupanya. Lebih kepada rumah-rumah Inggeris 'old version'. Mungkin sebab bangunan stadium ni dah lama dan pihak pengurusan stadium sayang akan seni binanya yang klasik, jadi diorang putuskan untuk tak ubahsuai stadium ni. Bagus jugak idea diorang ni sebenarnya. Menghargai, memelihara dan memulihara tinggalan dahulu untuk tatapan generasi akan datang. Tak macam kat negara kita, semua benda lama nak dirobohkan. Kangkung betul tahap pemikiran.







Aku tak lama dekat stadium ni. Tak masuk dalam pun,sebab takde duit. Lagipun untuk tour stadium ni ada masa-masa yang tertentu, bukan setiap hari. Almaklumlah, stadium kelab tak berapa power ni tak ramai sangat orang yang  datang. Hanya fan yang betul-betul ‘true’ je datang stadium ni, termasuk aku kahkah. Aku cuma main tangkap gambar kat luar je, dan jugak singgah store dia, wash the eye.

































Bagi aku, Fulham FC ni tetap antara salah satu nama besar dalam kancah bola sepak Inggeris sebab diorang antara kelab yang konsisten kekal dalam EPL zaman sekarang ni. Punya nama-nama besar yang tak asing dalam dunia bola sepak macam Dimitar Berbatov, Scott Parker, Martin Stekelenburg dan John Arne Riise, aku rasa kalau ada makhluk yang kata dia peminat EPL tapi tak kenal Fulham FC, layak ditampar lapan puluh kali di mukanya sekuat hati.


Lebih kurang pukul 1.45 petang, aku selesai pusing stadium tersebut. Badan aku masa tu betul-betul dah rasa lemah gemalai dan tak bermaya karin.Jadi aku putuskan untuk rehat-rehat sekejap kat taman bersebelahan stadium tersebut. Tengah syok-syok pekena rehat, tiba-tiba aku teringat akan Malaysia oh tanah airku tanah tempat tumpah darahku negeri elok amat ku cinta yang ku puja sepanjang masa. Masa tu, aku teringat yang waktu kat Malaysia dah masuk maghrib, maknanya orang-orang kat Malaysia semua dah feeling-feeling  takbir raya. Pantas, terus aku keluarkan henset dan layan lagu raya sorang-sorang kat situ sambil menangis sekuat hati. Peh, sedih gila gua cakap lu masa tu beb. Gua layan feeling sorang-sorang sampai ada makwe omputih pandang gua lain macam. Terus gua berhenti nyanyi dan buat-buat hensem. Hampeh kacau daun betul makwe ni. Boleh tengok video kat bawah.







Tengah-tengah sedap pekena rehat dan feeling-feeling tu, aku berfikir sejenak. Sama ada nak teruskan perjalanan jalan-jalan ke tempat lain, ataupun terus gerak ke Malaysia Hall rehat-rehat pekena baring. Lepas fikir lapan puluh kali, akhirnya aku decide untuk terus pergi ke Malaysia Hall untuk check-in dan rehat, sebab kondisi badan aku sekarang yang sangat penat ya ampuuun. Kepala pun naik pening ting-tong dah ni. Tak tidur dari malam tadi, pastu sahur cuma makan roti dengan ayam dua ketul, pastu jalan beberapa kilometer dengan beg berat 13 kg, memang selayaknya badan aku rasa penat yang amat. Lantas, beristeri rehat adalah pilihan yang paling ideal buat masa sekarang.


Lebih kurang pukul 2.30 petang, aku bergerak kembali menuju ke stesen Putney Bridge tadi, untuk amek tube menuju ke Malaysia Hall. Untuk ke Malaysia Hall naik tube, aku dah google yang stesen paling dekat untuk menuju ke sana ialah stesen ‘Queensway’ dan juga stesen 'Bayswater'. Maka tanpa segan silu aku pun terus amek tube menuju ke sana.








Malaysia Hall merupakan tempat lepak paling best untuk warganegara Malaysia yang datang ke London. Selain harganya yang murah berbanding hotel-hotel yang lain, kat Malaysia Hall London ni jugak ada café yang menyediakan makanan-makanan Malaysia. Boleh pekena char kuey teow, nasi lemak, teh tarik dan macam-macam lagi makanan Malaysia kat sini. Tapi malangnya, masa aku pegi sini, café Malaysia Hall ni sedang diubahsuai. Jadi café ni tutup, dan tak dapat lah aku merasa makanan Malaysia kat sini.


Untuk menginap kat sini, kena tempah awal sebab selalunya bilik-bilik kat sini penuh dah ditempah. Dan keutamaan diberikan kepada student, tak kiralah anda belajar di mana. Harga student jugak berbeza dengan harga bukan student.Tapi oleh sebab harganya yang murah, jadi jangan expect bilik yang kita dapat macam bilik hotel empat lima bintang. Bilik kat sini memang untuk lepak-lepak tido-tido je. Nak mewah-mewah pegi cari hotel lain.  Untuk makluman lanjut dan jugak untuk tempahan, anda boleh terus pergi ke laman web Education Malaysia United Kingdom & Ireland. Sekian terima kasih.









Aku sampai Malaysia Hall lebih kurang pukul  3.30 petang. Macam biasa, sesat jugak dua tiga kali. Pusing jalan jauh sikit, baru sampai sini. Masa mula-mula nampak bendera Malaysia kat bangunan ni, hati aku rasa lega gila. Ada jugak tempat aku nak bergantung hidup haha. Ada jugak tempat aku nak berhari raya esok, takdelah sorang-sorang.


Sampai-sampai je, terus aku pegi kaunter. Aku bagitau pada akak kaunter tu aku dah tempah bilik sebulan yang lepas. Dia cek nama aku, ada. Terus aku buat bayaran dan dia bagi aku kunci bilik 403. Untuk bilik ni, aku kena bayar 12 pound satu malam sebab aku amek bilik single. Kalau datang dua orang dan share bilik, lagi jimat. Cuma 10 pound satu malam. Memang paling murah lah kalau nak dibandingkan dengan hotel-hotel lain kat tengah-tengah bandar London ni. Kalau hotel ataupun hostel lain, makan puluh-puluh pound jugak aku rasa. Boleh tercirit jugak tu nak bayar.

















Boleh tahan selasa la jugak bilik kat Malaysia Hall ni. Sampai-sampai je dalam bilik, aku terus letak beg dan berguling atas katil lambang penat yang abadi. Bila pekena baring tu, terus aku rasa indah macam di sorga. Selang beberapa minit, aku pun lena diulit mimpi.


Aku terjaga lebih kurang dalam pukul 6.00 petang. Bila terjaga tu, badan aku terasa perit yang amat. Pedih semacam. Rasa macam nak demam jeww. Bahu aku pulak rasa macam dah hilang, rasa kebas. Aku saspek ni mungkin sebab aku angkat bagpack berbelas kilo aku tu ke sana ke mari seharian kot , maka memang macam tu la jadinya.


Aku cuba jugak gagahkan diri untuk bangun. Aku belum solat Zohor & Asar. Nak tak nak memang kena bangun jugak.  Tengah-tengah nak bangun tu, tiba-tiba..


Pap! Aku pengsan….








Ok tipu. Aku tak pengsan pun. Aku berjaya bangun macam biasa dan terus menuju ke bilik air. Aku rasa aku kena mandi untuk segarkan balik badan aku. Bila aku bukak je paip air untuk mandi, aku rasa badan aku sejuk lain macam. Perasaan sejuk tu rasa dia macam masa kita kecik-kecik dulu , badan kita nak demam dan rasa sejuk nyut-nyut. Macam tu la rasa dan perasaan dia. Terus aku teringat mak aku kat Malaysia waktu tu, yang bersusah payah tak tido kalau aku demam masa kecik-kecik dulu. Serius, aku rasa rindu gila kat mak aku time tu. Tak tau sebab apa. Sobs sobs sobs. Manja jugak aku rupa-rupanya.


Kat Malaysia Hall ni tak disediakan air panas untuk mandi. Jadi nak tak nak terpaksa la aku mandi dengan air sejuk tu. Aku pun mandi cepat-cepat, pastu siap-siap untuk solat dan terus solat jamak ta’khir Zohor & Asar.


Selesai solat, aku fikir-fikir macam nak tido balik sebab waktu maghrib lambat lagi, pukul 8.45 malam nanti. Sekarang baru pukul 6.30 petang. Tapi tiba-tiba seperti terdengar bisikan kasar yang datang daripada mana aku pun tak tau. Suara tersebut berkata separa menjerit kepada aku,


“Apa barang beb pergi jalan-jalan jauh-jauh tapi tidoooooooooooooooo jee. Baik tak payah pegi jalan”


Lantas aku terus bersiap-siap dan selang beberapa detik, aku dah berada di luar bilik untuk meneruskan pengembaraan.









Plan aku di petang terakhir bulan Ramadhan yang mulia tersebut ialah untuk duduk-duduk amek angin sambil habiskan juzu’ 29 dan 30 kat Hyde Park & Kensington Garden London yang terkenal tu. Lokasi taman ni amat dekat dengan Malaysia Hall, kira-kira 5 minit je jalan kaki. Tapi sebelum ke sana, aku cadang nak singgah kedai henset jap kat kawasan sekitar ni, nak beli simcard supaya senang  nak main fesbuk dan wassap makwe tercinta pewwit.


Jam dah pukul 7.00 petang. Aku  bergegas ke kedai untuk cari simcard tu. Tapi banyak kedai henset kat situ takde jual simcard. Aku pun tak tau pasal apa. Bila dah dapat, sim card tu pulak buat hal. Susah nak register lah, nombor tak sah lah. Macam-macam hal. Satu jam jugak baru siap semua urusan simcard tu. Sedar tak sedar, jam dah pukul 8.00, tapi masih terang benderang lagi. Aku terus pecut ke Hyde Park kat depan tu, sebab aku kena habiskan dua juzu’ lagi untuk khatam. Lantas aku teruskan pembacaan menggunakan aplikasi ‘Quran for Android’. Masa tinggal lebih kurang 45 minit untuk menuju ke waktu maghrib 1 Syawal 1434 Hijrah. Sempatkah aku?









Tak sempat.


Aku cuma sempat habiskan juzu’ 29. Bila nak mula baca ‘Amma yatasa alun’, aku jeling jam dah pukul 8.40. Lima minit lagi nak maghrib. Menyesal jugak aku masa tu, tak dapat khatam Ramadhan tahun ni. Tapi nak buat macam mana kan. Dengan tak tau nak buka puasa apa haritu, aku bergegas balik ke Malaysia Hall sebab kat bawah tu ada surau. Mengikut firasat dan ramalan aku, hari terakhir puasa ni mesti ramai orang Malaysia kat London ni kumpul kat situ sebab nak takbir raya sama-sama. Kompem-kompem akan ada juadah berbuka sekali. Jadi apa salahnya tumpang sekaki dua kaki ye dak. Maka aku pun sepantas kilat terus lari pecut ke surau Malaysia Hall tu, demi sesuap rezeki.


Ramalanku benar belaka. Sampai-sampai kat surau tu je, memang ramai orang Melayu tengah berkumpul kat situ, nak berbuka puasa sama-sama. Masa aku sampai, betul-betul azan sedang dilaungkan. Alhamdulillah, berjaya jugak aku puasa harini, walaupun pelbagai mehnah dan tribulasi yang aku tempuhi. Maka aku pun dengan tak malunya dan dengan tak kenal sapa-sapa pun masa tu, terus join diorang semua buka puasa. Aku sambar buah kurma beberapa biji dan juga kuih karipap beberapa ketul sebagai juadah puasa pada hari tersebut. Pastu, kami sembahyang maghrib berjemaah dan kemudian takbir raya beramai-ramai. Aku menangis hiba. Peh, nangis lagi. Tak macho langsung.    





Selesai solat maghrib berjemaah dan bertakbir beramai-ramai, tiba-tiba hadir aroma harum semerbak. Bau yang amat digemari bila perut sedang berbunyi-bunyi. Hidangan nasi jagung bersama kari kambing tersedia di bahagian belakang surau. Rezeki tersebut diagih-agihkan sesama umat manusia yang berada di situ, termasuk aku. Pantas aku bertahmid memuji Tuhan yang satu, atas kurniaan rezeki tersebut kepadaku. Alhamdulillah.


Sambil-sambil makan tu, aku mula mencari kenalan. Hidup kat tempat orang ni, kita tak boleh sombong. Kalau sombong memang tak ke manalah.Lagi-lagi aku yang sorang-sorang takde member langsung ni. Aku senyum dan tegur je semua orang yang ada berhampiran dengan aku, dengan harapan untuk memulakan perkenalan.


Alhamdulillah aku dapat kenal ramai orang malam tu. Antaranya Abang Mat, salah seorang kerani yang kerja kat Malaysia Hall ni. Abang Mat bagitau aku juadah buka puasa malam ni ditaja oleh orang-orang Melayu yang bekerja kat kota London ni. Memang tiap-tiap malam sejak mula puasa haritu, ada je makanan percuma yang orang sumbangkan kat sini. Dan semua orang Islam tak kira Melayu ke tak dijemput untuk sama-sama buka puasa kat sini.


Selain Abang Mat, aku jugak dapat kenal beberapa orang student Melayu yang studi kat sini. Antaranya ialah Mahathir. Mahathir belajar kat University College London, salah satu universiti yang terkenal kat London ni. Dan dia memang tengah cuti, sampai akhir bulan 9. Aku tanya Mahathir dia raya kat mana esok? Dia kata esok orang Malaysia semua akan kumpul kat ‘Suruhanjaya Tinggi Malaysia’ untuk solat raya dan jugak ada jamuan kat sana. Lepas tu akan ada majlis rumah terbuka kat rumah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di UK, Dato' Zakaria Sulong. Mahathir ajak aku beraya dengan dia esok, sebab dia kesian kat aku beraya sorang-sorang takde member hahaha. Alhamdulillah, dapat jugak aku member untuk raya sama-sama esok.


Selesai makan, kami semua solat isyak berjemaah. Selesai solat, jemaah pun bersurai, dan kembali ke kediaman masing-masing. Aku pula kembali berseorangan menuju ke bilik Malaysia Hall bernombor 403, berehat dan berehat sambil memikirkan bagaimana agaknya suasana hari raya esok di Kota London. Tanpa sedar, mata terkatup perlahan-lahan…     




"Hari Raya, Baju Melayu, Big Ben dan makwe London"







GELANDANGAN EROPAH (TIGA)



Easybus membawa aku dari Gatwick Airport menuju Earls Court, London. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam. Tak ramai orang dalam bas tu, cuma ada aku, abang dreba, dan jugak beberapa orang makwe traveler dari Mexico. Aku agak-agak je dari Mexico, sebab sekali pandang muka semua macam Rosalinda Ayamooor je.


Pukul 7.30 pagi, bas memuntahkan penumpang-penumpangnya di kawasan yang dinamakan Earls Court. Earls Court ialah kawasan di dalam daerah Royal Borough of Kensington and Chelsea. Sebelum sampai sini, aku ada google yang stadium Chelsea FC, Stamford Bridge amat dekat dengan kawasan ni, cuma sepuluh minit je jalan kaki daripada sini. Jadi aku decide pagi ni nak jalan kaki je pegi stadium Roman Abramovich tu.












Sepanjang perjalanan, aku jadi jakun. Semua benda nak amek gamba. Padahal bukan cantik sangat pun London ni. Pekan Kokdiang lagi cantik aku rasa. Tengah syok-syok amek gamba, tiba-aku aku terperasan yang macam dah lama jugak aku jalan ni tapi kenapa tak sampai-sampai lagi? Aku kena tipu dengan google map ke? Google map mempermain-mainkan hati dan perasaan aku ke? Tak guna punya google map. Tumbok  kang.

 
Lantas berbekalkan semangat pepatah melayu yang ‘mainstream’ iaitu ‘malu bertanya sesat jalan’, aku terus tahan sorang lelaki London berpakaian pejabat, tanya kat mana letaknya Stadium Stamford Bridge ni. Dia bagitau jalan terus sampai jumpa roundabout, pastu belok kiri, pastu jalan sikit pastu sampai lah. Aku pun terus bagi senyum dan tengkiu kat dia, lambang budi bahasa budaya kita. Perjalanan diteruskan.


Lepas 5 minit jalan, aku tak jumpa jugak roundabout yang dimaksudkan. Waddehek? Kena tipu lagi ke aku ni? Terus aku tanya lagi kat orang sekeliling yang ada kat situ. Rupanya aku dah terlajak. Aku pun patah balik cari roundabout tu. Last-last sekali jumpa jugak, tapi..




Hek elleeeeehh. Macam ni je rupa roundabout kat London. Tak pawer betul. Patut la aku cari tak jumpa-jumpa.



Bila dah jumpa roundabout tu, aku terus belok ke kiri dan meneruskan perjalanan. Sebetulnya, aku sedang melalui ‘Fulham Road’. Stadium Stamford Bridge yang aku google memang letaknya kat kawasan Fulham Road ni. Selang 5 minit perjalanan, sampailah aku di depan stadium kebanggaan penyokong Chelsea tersebut.













Sampai di stadium tersebut,  jam ber angka 8.00 pagi. Setengah jam jugak jalan dari Earls Court tadi. Aku terus main tangkap-tangkap gambar sebab jakun lagi batak.


Puas tangkap gambar, aku pergi ‘main reception’ dia tanya stadium tour start pukul berapa. Dia bagitau pukul 10. Ada lebih kurang dua jam lagi. Gila lama lagi rupanya. Terus aku main snap-snap lagi dan tawaf lagi stadium tu sampai muntah darah. Terus batal puasa.    





































Selesai tawaf stadium tu lapan belas kali, aku masuk pulak dia punya ‘megastore’. Tapi tengok-tengok jelah, tak beli mende pung. Pitih takde boooohhh.















Tup tup tiba-tiba dah pukul sepuluh. Aku pun terus pegi ke ‘main point’ tempat nak mula tour tu dan terus beli tiket. Harga tiket 14 pound sebab aku ada student card. Kalau tade, harga dia jadi 20 pound. Boleh terberak jugak tu harga dia sebenarnya.


Pakej ‘stadium tour’ ni bermula dengan main pusing-pusing muzium. Kat sini kita akan dapat tengok macam-macam khazanah zaman-berzaman pasukan Chelsea. Jersi-jersi lama, piala-piala yang pernah diorang menang, kasut-kasut yang pernah legend diorang pakai, sejarah-sejarah dan macam-macam lagi lah. Tengok sendiri lah gambar-gambar ni.
































Aku nak kata minat, takdelah minat sangat kat Chelsea ni sebenarnya. Tapi sebab aku minat pada bola sepak dan bukan minat pada satu-satu kelab je, maka kalau boleh aku azam nak singgah semua stadium kat UK ni, walaupun cuma dapat jalan-jalan kat luar je, tak dapat masuk dalam pun. Itu pun dah puas hati gila dah aku rasa haha.


Chelsea ni, aku mula kenal masa umur sepuluh tahun kot, masa darjah 4 Mawar. Masa tu zaman Gianfranco Zola tengah up. Peh, memang sedap jugak tengok diorang main. Lagi-lagi masa tu manager dia Ruud Gullit. Lepas tu yang paling aku ingat masa Eidur Gudjohnsen score ‘bicycle cick’ masa lawan Leeds United. Dia punya power bicycle kick tu, sampai aku tiru masa lawan bola peringkat daerah Batu Pahat. Kahkah. Bajet power apa aku nak tiru-tiru dia.







Tapi nak ceritanya kat sini yang aku memang dah lama jugak  minat kat Chelsea ni. Takde la macam sesetengah fan Chelsea yang baru nak up sekarang ni, tapi bila tanya siapa  Zola, Vialli, Deschamp, Gudjohnsen,Hasselbaink,  semua tak kenal. Yang diorang kenal cuma Lampard, Drogba, Hazard, Cech. Itu je. Pastu berlagak macam tau semua benda. Terajang karang baru tau haha.

      

Perjalanan mengelilingi stadium diteruskan lagi dengan main pusing-pusing bahagian dalam stadium pulak. Untuk pusing dalam stadium ni, jadual group aku ialah pukul 10.30 pagi. Tapi tiba-tiba perut aku meragam pulak, nak melepas. Terpaksa aku melepas dulu, pastu baru boleh join tour tu pukul 11.00 pagi. Nasib baik lah boleh main tukar-tukar group macam tu je, tak kena bayar lagi. Kalau tak pokai jugak aku. Stadium-stadium jugak beb, hak perut ni kena jaga. Dibuatnya terlepas kat tengah-tengah padang nanti sapa yang susah?


Jadi pukul 11.00 pagi, aku pun mula pusing bahagian dalam stadium bersama beberapa orang lain dalam group aku. Kami di‘guide’ oleh seorang pegawai yang disediakan oleh pihak pengurusan stadium sendiri. Pegawai tersebut membawa kitorang semua ke bahagian-bahagian penting dalam stadium ni macam bilik persalinan, bilik media, bilik mayat, tempat duduk ‘grand stand’, tempat duduk pemain dan macam-macam lagilah.

















 













"Acah-acah Jose Mourinho haha"



Sepanjang tour ni, antara salah satu fakta menarik yang ‘tour guide’ tu bagitau pada kami ialah tentang bilik persalinan pasukan pelawat. Bilik persalinan pasukan pelawat kat stadium Chelsea ni sengaja dibina dengan keluasan yang amat sempit, semata-mata untuk jatuhkan moral pasukan lawan.



“Kalau gergasi macam Ibrahimovic masuk, kompem tak muat sebab dia tinggi sangat. Terhantuk kepala dia kat siling atas ni” kata tour guide tu.


Tak tau la dia buat lawak ke apa, tapi dari pandangan mata sharingan aku yang dah masuk ke bilik persalinan tu, memang sempit gila nampaknya. Tambah beliau lagi, idea buat bilik sempit-sempit ni datangnya daripada kepala hotak The Special One, Jose Mourinho.






Jose Mourinho mengajar saya. Picit sini



Pukul 12.00 tengahari, acara main pusing-pusing stadium Stamford Bridge pun berakhir. Dan aku dah mula haus serta lapar, sebab sepanjang pusing-pusing stadium tu, aku kena angkut bagpack aku yang beratnya lebih kurang 10-15kg tu. Tak boleh nak tinggal mana-mana, sebab abang stadium tu tak bagi. Terpaksa lah aku angkut beg tu ke mana-mana je aku pergi.

Setelah selesai semua, aku tinggalkan Stamford Bridge dan Abang Lampard dengan berat hati.







Bersambung lagiiii………...


Lembab macam siput sedut jugak cerita aku ni sebenarnya.