Hadiah Fardhu Ain



Jam hampir ke pukul 5.00 petang.Ini bermakna waktu balik ke rumah untuk sesi Sekolah Agama Fardhu Ain aku sudah hampir.

Aku mula kemas-kemas apa yang patut atas meja.Tapi hari ni Ustazah Roslin tiba-tiba berakal kancil.Sebelum dapat balik rumah,kena baca doa iftitah dulu.

“Sapa yang mula-mula sekali dapat baca doa iftitah dengan lancar,ustazah bagi hadiah dan boleh terus balik rumah”.

Budak-budak semua jadi kucar-kacir.Ada dua tiga orang aku nampak dah pucat.Tadi bukan main handal sangat main lawan-lawan pemadam.Disebabkan aku punya bijak masa tu lain macam,aku pun jadi tak berdebar langsung.

“Ok ya.Siapa nak baca dulu,angkat tangan”

Zuppp.

Sepantas kilat aku angkat tangan dan terus berdiri seraya membaca doa iftitah tersebut dengan gaya pelajar selalu dapat nombor satu.

“Allahu Akbar Kabiro Walhamdulillahi Kathira…”aku menuturkan doa tersebut sehingga selesai.Ekselen.Takde sangkut-sangkut.Makwe-makwe terpegun.

“Bagus.Macam ni baru la ustazah sayang.Nah,ambil hadiah ni.Balik tunjuk dengan emak,bukti kamu berjaya jawab soalan ustazah hari ni”.

“Angkat kerusi atas meja dan boleh terus balik ya Helmy” tutur Ustazah Roslin lembut.

Dengan steady aku angkat kerusi letak atas meja.Kemudian aku jalan keluar daripada kelas tersengih-sengih.Budak-budak perempuan berbisik sesama sendiri.

Masa tu aku rasa dekat dunia ni,aku la pelajar kelas fardhu ain yang paling bijak.Kalau zaman sekarang ni,rasanya tiap-tiap minggu dah kena panggil masuk rancangan Mari Mengaji Ustaz Zamri TV9 tu.

Keluar dari kelas,aku terus pecut balik ke rumah dengan berjalan secara gostan.




Kelas Fardhu Ain aku ni sebenarnya dibuat dekat surau taman aku.Jarak surau dengan rumah aku amatlah dekat.Lebih kurang 100 meter.Jadi,tiada masalah bagi aku memecut balik ke rumah untuk menunjukkan pada mak hadiah yang aku dapat daripada Ustazah Roslin tadi.

Tatkala aku berlari pulang dengan kegirangan sambil menjerit-jerit memanggil emak!,emak!,tiba-tiba hadiah yang aku dapat tadi terjatuh dalam longkang depan rumah aku.Parok ayam.

Lantas aku dengan uniform sekolah berwarna putih yang belum bertukar,segera menerjunkan diri ke dalam longkang tersebut,demi mencari sebuah hadiah  untuk ditunjukkan kepada emak.

Cari punya cari,gali punya gali,tak jumpa-jumpa.Baju sekolah putih yang suci lagi murni mula bertukar kepada warna yang tak sedap untuk dipandang makwe.Bau pun boleh tahan juga dia punya tengik.

Sebagai seorang budak sekolah fardhu ain,aku mula tidak keruan.Hati mula bertaman.Mata seperti mahu mula hujan.

Macam mana boleh tak jumpa ni.Macam mana nak tunjuk emak kalau hilang hadiah ni.Takde bukti la nanti.Mesti mak tak percaya aku berjaya baca doa iftitah dengan ekselen kat kelas fardhu ain tadi.

Lalu aku nekad untuk mencari hadiah tersebut sampai jumpa.Demi sebuah keekselenan.

Sedang aku mencari-cari hadiah tersebut dengan sepenuh jiwa raga,tiba-tiba emak keluar dari rumah.Emak pelik tengok aku tertonggeng-tonggeng dalam longkang.

“Cari apa dalam longkang tu Mi?”

Soalan mak aku tak jawab.Sebaliknya,mata aku mula berkaca-kaca.Namun,misi pencarian masih diteruskan.

Emak mendekati longkang tersebut.Pelik dengan kelakuan aku yang begitu bersungguh-sungguh mencari,emak bertanya sekali lagi soalan yang sama.

Sekali lagi soalan mak tak terjawabkan.Sebaliknya,air mata aku mula berguguran di celahan longkang busuk tersebut.Peh,dia punya sedih time tu..Tak boleh nak cerita kat sini.

Melihatkan aku yang mula berguguran air mata,emak mula mendapatkan aku.Sememangnya emak memang emak.Penuh dengan skill.

Emak memujuk aku untuk keluar daripada longkang tersebut.Pada mulanya,aku buat-buat gaya macho menangis sambil meneruskan pencarian.Namun begitu,setelah dipujuk oleh emak dengan lemah lembut menggunakan skill keibuan taraf tinggi,akhirnya aku mengalah.

Aku keluar daripada longkang tersebut dengan tangisan yang masih bersisa.Emak memujuk aku untuk menceritakan apa yang sebenarnya aku cari kat dalam longkang tadi.

Aku serba salah.Kalau aku cerita tanpa tunjuk hadiah tu,tak king la aku.Aku terus menangis.Namun,setelah sekali lagi dipujuk oleh emak,aku mengalah lagi.

Dengan keadaan menangis tersedu-sedan,aku pun ceritakan segala-galanya.Bermula daripada aku berjaya baca doa iftitah dengan bergaya kat kelas sebentar tadi,kemudian dapat hadiah tersebut sehinggalah hadiah tersebut jatuh ke dalam longkang puaka itu.

Emak tersenyum mendengar cerita aku.Dan berjanji untuk menggantikan hadiah tersebut dengan nilai yang sama dengannya.Atau yang lebih tinggi nilainya.Semuanya adalah usaha untuk memujuk dan menghentikan tangisan aku pada ketika itu.

Namun,aku tak termakan dengan segala pujukan emak.Aku tetap terus menangis.Tetap mahukan hadiah tersebut.Manakan sama yang diganti dengan yang asli,walaupun serupa 99.99%.

Aku menangis sehingga tertidur kepenatan.Esoknya,aku ponteng kelas fardhu ain tersebut.

Waddehek pelajar cemerlang ponteng kelas!


**************


Aah,budak-budak sekarang bukan tahu besar mana nilai doposen.



::notakaki::
Kredit kepada Imam Muda Syahzrin atas tunjuk ajar menggunakan aplikasi print screen yang di atas ini.Semoga berjaya menjadi Imam Muda pada musim akan datang.


4 comments:

NAZRIN HASHIM said...

Ha ha ha.Aku dapat tangkap mesej yang kau nak sampaikan.

1. Punyalah 'king' kau masa kecik2. Kalah King Abdullah Thani Jordan.

2. Keikhlasan niat kau diuji sebab nak tunjuk hebat kat makwe2 di persekitaran. Dan kerana kekerekan itu menyebabkan duit 20 sen (Je Pon) terpelanting ke dalam longkang puaka-pakis.

3. Daripada jumlah mufeedah yang berbunyi, eh silap yang bertulis: "Waddehek pelajar cemerlang ponteng kelas!"

4. Apa barang nama gua jadi Syahzrin, Der? Elok sikit. He he he.

Sekian dari kami di bilik berita. Salam 1 Jordan.

author said...

Ko Ami ...Mengingatkan aku zaman skolah agama.

Bile time ada gaban atau suria pekasa itam...musti aku carik jalan balek awal ...

Hasilnya??aku menjadi yakuza irbid yg berjaya ..waddesyukur la pada Ilahi ..

Helmy said...

Imam Muda:

Waddehek gua tak tau nak balas ape.Panjang sangat.Hehe

Helmy said...

Yakuza:

Wadde sama la kita masa kecik2 dulu.Bolehlah kiranya gua mewarisi 'keyakuzaan' lu kalo camni.Hirhirhir