Jerash



"Wewwit"



“Batu-batu je semua kat sana.Tak yah pegi pun tak pe”

“Bosan.Semua sama.Batu je.Takde benda lain ke?”


Cakap-cakap di atas ialah cakap-cakap sampah.Abaikan.Tak tau nilai estetika seni bina dan ketamadunan langsung.




Jerash adalah sebuah bumi yang telah lama diduduki umat manusia.Mengikut sejarah,kawasan Jerash telah menjadi penempatan manusia sejak 6500 tahun yang lalu.Ia kemudiannya menjadi sebahagian daripada kerajaan Greek.Dan kota ini dikatakan mula membangun sewaktu kerajaan Greek berada di bawah pimpinan Alexander The Great,suatu masa dahulu.

Jika anda bijak matematik seperti saya,anda pasti mengetahui apa itu Aritmetik.Dan apa yang mengujakan,pengasas konsep Aritmetik iaitu Nichomacus dikatakan pernah tinggal di kota ini.Wau!

Pada tahun 63 Masihi,diriwayatkan bahawa Empayar Rom telah berjaya menguasai kota Jerash ini.Kemudian,mereka telah menukar nama ‘Jerash’ kepada satu nama yang lebih kacip dengan mereka iaitu ‘Gerasa’.Di bawah pemerintahan Rom ini juga,Jerash telah dibangunkan dengan jayanya dan telah dijadikan salah satu daripada 10 dekapolis yang terdapat di Bumi Syam ini.

Apa itu dekapolis?Dekapolis ialah.….Aah,cari sendiri lah.






Pada tahun 614 Masihi,kota ini telah ditawan oleh Empayar Parsi.Kerajaan Parsi ini kemudiannya telah merobohkan hampir semua monumen yang dibina di kota ini.Dan selepas itu,popularitinya mula menurun.Namun begitu,Empayar Rom dibawah pimpinan Maharaja Hercules telah merampas kembali kota ini dari tangan Parsi pada tahun 627 Masihi dan mengembalikan semula zaman kegemilangannya.

636 Masihi,Islam menguasai kota Jerash!

Di bawah pemerintahan kerajaan Bani Umayyah,kota ini ternyata menjadi lebih gemilang.Ia terkenal sebagai kawasan lombong perak dan gangsa disamping kawasan perindustrian tembikar.Antara binaan yang kekal sehingga ke hari ini ialah Masjid Umawiyyah Jerash,antara masjid tertua di Jordan pada hari ini.

Tanpa dipinta,gempa bumi telah melanda kota ini pada tahun 749 Masihi.Banyak nyawa terkorban dan banyak juga binaan-binaan di kota ini musnah sama sekali.Yang masih hidup pula dikatakan telah berhijrah ke tempat lain kerana peristiwa gempa bumi ini.Dan akhirnya,kota ini sekali lagi mengalami zaman kegelapannya.Ianya menjadi terbiar,ditinggalkan begitu sahaja dan akhirnya kota ini hilang ditenggelami oleh pasir-pasir yang dibawa oleh angin.

Sungguh sadis.Sob sob..





1806,seorang pelancong Jerman main korek-korek pasir.Secara tak sengaja,beliau telah menjumpai kembali kawasan yang ditenggelami pasir ini.Waddehek!Eureka!

Walau bagaimanapun,kerja-kerja baik pulih kawasan ini hanya mula dilakukan pada tahun 1920 Masihi.Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memelihara dan memulihara kawasan bersejarah ini.

Dan kini,kota Jerash adalah sebuah runtuhan kota Rom yang paling lengkap sekali di luar Itali.Ianya juga antara tempat yang wajib dikunjungi oleh pelancong jika datang ke Jordan ini.Menurut sarkastik,Jerash adalah tempat ke-2 selepas Petra dalam senarai tempat yang paling banyak dikunjungi pelancong di negara Jordan ini.


"Peta Kota Jerash"



Antara binaan-binaan penting yang terdapat dalam Kota Jerash ini ialah:


 Hadrian’s Arch

Dibina bersempena dengan kedatangan Maharaja Hadrian ke Jerash pada tahun 129 Masihi.Kedudukannya ialah sebagai gerbang utama di bahagian selatan.








Hippodrome

Hippodrome ialah sebuah arena besar berukuran 245 meter panjang dan 52 meter lebar.Boleh menempatkan kira-kira 15 000 penonton bagi menyaksikan perlumbaan kereta kuda dan sukan-sukan yang lain.Pelancong-pelancong pada hari ini boleh melihat persembahan ala-ala tentera Rom dan juga persembahan perlumbaan kuda di sini.









City Wall

City Wall dibina pada kurun ke-4 dan berkemungkinan dibina oleh Maharaja Diocletian pada zaman Byzantium.Panjang keseluruhan ialah 3456 meter.







South Gate

Dibina pada tahun 130 Masihi.Pintu masuk utama pelancong pada hari ini.Berbentuk corak dan ukiran daun Achantus.








Oval Plaza

Juga dikenali sebagai "Forum".Antara tarikan utama kota Jerash.Berkeluasan 90x80 meter dan dikelilingi kaki lima yang luas.Di tengahnya pula terdapat 2 kolam bersama pancutan air yang dibina pada kurun ke-7.Barisan tiang dibina daripada senibina Yunani.Jumlah tiang yang mengelilingi ialah sebanyak 56 batang.








Colonnaded Street & Cardo Maximus

Dua batang jalan sambung menyambung yang terbentang sepanjang 800 meter.Kiri dan kanannya ialah tiang-tiang yang mengagumkan.Batu-batu asal masih dikekalkan di sepanjang jalan dan kesan roda kereta kuda masih kekal kelihatan di sepanjang jalan ini.Jalan ini juga merupakan ‘tulang belakang’ senibina dan tumpuan kegiatan penduduk kota Jerash suatu ketika dahulu.Di bawahnya terdapat satu sistem kumbahan yang mengalir di sepanjang jalan ini.Selain itu,wujud juga lubang-lubang di tepi jalan ini bagi mengalirkan air hujan.Binaan-binaan awam lain seperti pasar,kuil dan lain-lain telah didirikan dengan terancang di sekeliling jalan ini.














Nymphaeum (Pancutan air awam)

Dibina pada tahun 191 Masihi.Pancutan air ini biasanya ditemui di bandar-bandar Rom dan bertindak sebagai tempat tumpuan kegiatan sesuatu bandar.Ianya dihiasi dengan marmar di bahagian bawah dan dibumbungi oleh separuh kubah.Air memancut melalui tujuh ukiran kepala singa ke besen dan kemudian air tersebut akan mengalir ke saluran bawah tanah.











Temple of Zeus

Dibina pada tahun 162 Masihi.Di depan kuil ini terdapat satu tempat suci dinamakan Espaland.






Temple of Artemis

Artemis ialah anak perempuan Zeus dan adik kepada Apollo,dewa Jerash.Walaupun kuil ini kecil,tetapi 11 daripada 12 tiang-tiang Corinthian masih tersergam gah disini.Bahagian dalam kuil ini pada asalnya terdapat bidur-bidur marmar dan tempat suci yang berkemungkinan terletaknya patung dewa.








North Theater

North Theater atau Teater Utara telah dibina pada tahun 165 Masihi.Pada awalnya,teater ini hanya terdapat 14 barisan tempat duduk dan biasanya digunakan untuk persembahan dan mesyuarat ahli Majlis Bandaraya pada ketika itu.Namun pada tahun 235 Masihi,teater ini telah diperbesarkan kepada kapasiti berjumlah 1600 orang.Dua laluan dibina sebagai tempat masuk orchestra.Penonton pula masuk melalui laluan di antara barisan tempat duduk.Sejak kurun ke-5,teater ini tidak digunakan lagi.Banyak dari batu binaannya diambil dan digunakan untuk pembinaan bangunan-bangunan yang lain.



South Theater

Dibina ketika pemerintahan Maharaja Domitian antara tahun 90-92 Masihi.Boleh menempatkan kira-kira 3000 penonton.Yang menakjubkan ialah bila bercakap pada tengah-tengah lantai orkestra,ianya boleh didengari oleh seluruh penonton di situ tanpa perlu meninggikan suara pun.Tulisan greek masih kelihatan di sesetengah tempat duduk.












North Gate

Terletak di penghujung jalan Colonnaded Street &Cardo Maximus.Dibina pada tahun 1115 Masihi.








Banyak lagi.Boleh cari sendiri ye.

Bai bai.  








2 comments:

azlanshah said...

Pergh,Smart gile helmy,aku rasa macam tgh baca buku sejarah,tapi sangat santai n enjoy je aku baca..

Teruskan menulis mendidik insan kembali mengagungkan tuhan ;)

Helmy said...

Enshallah..

Time kaseh YB Azlan!