Sejuta Penghargaan



Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad:
“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:Barang siapa mengunjungi orang sakit,tujuh puluh ribu malaikat mengikutnya dan memintakan ampun kepadanya hingga petang.Baginya pahala satu tahun di syurga.Dan jika ia mengunjungi pada malam hari,maka tujuh puluh ribu malaikat mengikutnya dan semua memintakan ampun untuknya hingga pagi.Dan baginya pahala satu tahun di syurga”


Salam Satu Jordan.

Entri kali ini aku tulis untuk aku sampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tak terhingga aku kepada mereka-mereka yang bersusah payah bersengkang mata beradu tenaga menyabung nyawa menjaga dan melawat aku sepanjang keterlantaran aku di atas katilku ini.

Berjuta-juta lemon terima kasih ingin aku ucapkan kepada:

1)Sohabat serumah aku (Akmal,Mel,Atem)

"Akmal,Mel,Aku"


"Atem,Mel,Aku lagi"



Time kaseh sebab amat-amat memahami keadaan aku yang sedang berkeadaan OKU ni.

Time kaseh sebab tolong papah aku dari bawah naik ke rumah kita kat tingkat 3 ni.

Time kaseh sebab setiap hari masakkan makanan yang sedap-sedap untuk aku.

Time kaseh sebab selalu ingatkan aku jangan lupa makan ubat.

Time kash sebab selalu berbual ngan aku,hiburkan hati aku yang kesepian lagi keboringan ni.

Time kaseh sebab sudi layan tetamu yang datang lawat aku.

Time kaseh sebab rajin potong buah bagi aku makan.

Time kaseh jugak sebab tanpa segan silu tolong habiskan makanan yang tetamu-tetamu bagi kat aku.Keh3.



“Hatim The Fruit Cutter.Tengkiu abang Atemku sayang.Kui3”



“Layan tetamu sambli bedal makanan yang dibawa tetamu.Haha.Jangan mare beb.Gua gurau je”


2)Sohabat yang datang ziarah aku

Time kaseh sebab sudi datang lawat aku yang hanya mampu terdampar di atas katil ni.Sesungguhnya kedatangan kamu semua amat-amat menghiburkan hati aku yang sedang duka lara ni.


“Wak Radhi bersama sahabat-sahabat DQ”

Kehadiran kamu semua menziarahi aku juga sedikit sebanyak menghilangkan kesakitan, kebisaan,kesengalan,kepedihan dan kesengsaraan yang wujud di kaki kananku ini.



“Gelak tawa bersama-sama.Hilang rasa sakit segala”


“Doktor-doktor hot Irbid (Sidi,Dziya ngan lain-lain) pun sudi melawat aku.Terharu aku dibuatnya.Hoho”

Time kaseh jugak sebab bawak banyak buah tangan untuk aku.Macam-macam jenis pulak tu.Makanan-makanan yang aku tak pernah rasa kat Jordan ni pun tetiba aku dapat rasa bila aku sakit.Haha.Jadi sape-sape nak rasa makanan yang pelik-pelik tapi sedap kat Jordan ni,sakit-sakitkanlah diri anda.

Susu,air Rani epal,oren,cekelat Cadbury,Kinder Bueno,jajan Doritos, syawarma,zinger,roti canai,kinafah,halawiyat-halawiyat,biskut-miskut,nestum,quaker oat,horlicks,buah epal,limau,kiwi,stoberi,ayam panggang Abu Mahmud,spaghetti Moja.---> antara hasil mahsul yang aku perolehi.



“Hasil mahsul negara”


“Roti canai Mat’am Baryani Hindi.Mengubat kerinduan aku terhadap mapler”



“Halawiyat yang mantop.Tengkiu Padil”



“Cekelat-cekelat bersama bis kuit”


Dan yang paling best dan istimewa mestilah buah tangan yang Ustat Mahdi,Afifudin ngan Nasrul bawak.Time kasih,time kaseh,time kaseh…


“Air yang keluar dari dalam bumi hasil hentakan kaki Nabi Ismail”



“Ustat Mahdi,Afifuddin,Nasrul.Aiseh ustat ni pandang belakang plak.Macam tau-tau je aku nak candid gamba beliau”


3)Sohabat yang tak datang tapi bagi buah tangan

Walaupun tak datang,tapi tetap ingat akan aku.Time kaseh banyak-banyak.

Aku faham kalian semua bukan tak nak datang,tapi ketiadaan masa yang berkesempatan.Sibuk exam lagi..

Atau mungkin juga ada sebab-sebab lain yang tidak dapat dielakkan.Atau ada sebab misteri yang lain.Sape tahu.Hoho..

Apepun,terima kasih banyak-banyak sebab masih ingat aku,walaupun tak datang.




“nestum,quaker oat,horlicks”


4)Sohabat yang tak datang tapi mendoakan yang terbaek untuk aku

Aku kira semua kawan-kawan yang aku kenal,semua mendoakan aku untuk cepat sembuh.Takde lagi yang doakan aku supaya makin teruk ke,patah lagi sebelah ke,putus terus ke.Takde..takde..

Jadi,aku amat-amatlah berterima kasih kepada semua sebab sentiasa mendoakan yang terbaik untuk aku.
Walaupun tak datang ziarah aku,tapi aku tahu kome semua sentiasa ‘kenang aku dalam doamu’.Tak kira la kawan-kawan kat Jordan ke,kat Malaysia ke,kat dalam facebook ke,akhrawat ke.keh3..(bajet hot)

Sekali lagi jutaan terima kasih aku ucapkan.Allah sajalah yang mampu balas budi baik kalian.

Semoga Allah memberkati kamu semua,wahai kawan-kawanku yang mulia..




“Ada orang kata aku semakin kacak bergaya bila pakai tongkat.Betulkah?"


::nota kaki::
Alhamdulillah,hari ni dah boleh pijak sikit-sikit.Esok bolehlah start main takraw kat belakang opis Saadon tu.

MATCHDAY 8 (HANYA MAMPU TERBARING DAN MENANGIS)







Bismillah.

Matchday 8 berlangsung hari ni.Ketika entri ini sedang ditulis oleh aku di atas katilku yang dah macam belacan ni,Warung Din FC sedang berjuang bermati-matian bertempur dengan Rubin Irbid FC,pasukan di tangga ke-2 liga.

Mengimbau kembali perlawanan pada pusingan pertama yang lalu,Warung Din FC dengan selamba telah meng’ayam’kan Rubin Irbid FC 3-0.Pada ketika itu aku masih sihat dan mampu bermain sehebat Franck Ribery.Tapi kini…

Disebabkan kekalahan pada perlawanan yang lalu,maka Rubin Irbid FC bertekad untuk memenangi perlawanan pada hari ini. 

“Kami ingin membersihkan arang yang terpalit di muka kami ini.Kami yakin akan menang perlawanan pada hari ini.Apatah lagi ‘star’ mereka tidak mampu beraksi hari ini” kata Amir Siddiq,salah seorang ‘pemain simpanan utama’ pasukan tersebut dengan menggunakan aras bahasa Melayu yang agak tinggi.Sungguh bercita-cita nampaknya beliau.

Apepun,aku tetap mendoakan yang terbaek buat pasukan aku.Walaupun tanpa aku,aku yakin kita mampu menang match ni.Warung Din FC bukanlah pasukan ‘one-man-team’.Haha (gelak bajet Rooney).All the best,Warung Din FC…





::nota kaki bersimen::
Kebosanan tahap king kong bila terbaring atas katil selama seminggu.Baru aku mengerti apa itu 'kenikmatan pergi ke kelas'.Tak nak ponteng lagi dah lepas ni..


MATCHDAY 7 (THE TRAGEDY)






Musim panas dah bermula.Perlawanan semalam berlangsung di bawah sinaran cahaya mentari yang sangat terik.Seterik semangat para pemain PSL untuk memangkah kaki lawan masing-masing.Akhirnya aku juga yang menjadi mangsa.Huhu.

Dan perlawanan pada hari semalam juga umpama mimpi ngeri bagi diriku ini.Perlawanan yang menyebabkan aku terbaring kebosanan di atas katil sehingga ke pagi ini.Dan kemungkinan besar ianya akan berterusan selama sebulan.Mungkin juga lebih.Adus..

Mengimbau kembali kejadian semalam,sememangnya ia adalah satu perkara yang tidak enak dan lazat untuk dikenang.Kesakitan yang dialami oleh aku semalam tak pernah aku rasai seumur hidupku.Sumpah sakit beb.Sebab tu air mata jantan aku keluar semalam.Terus jadi tak macho diriku ini.Tapi sebelum ni macho ke aku?Ntahla..

Berentap dengan pendahulu liga,The Dark Horses,kemenangan akan menjanjikan kedudukan teratas liga buat pasukan aku. Jadi,aku pun menyematkan keazaman di dalam hati untuk bermain se’skil’ yang mungkin..

“Kalau tak dapat beraksi seskil Ribery,dapat beraksi macam Idris Karim pun jadila”,getusku di dalam hati.Sungguh bercita-cita.


"Memulakan perlawanan dengan penuh bergaya"


Dengan ber'farmasi'kan formasi 4-3-3,Warong Din FC memulakan perlawanan dengan penuh keyakinan lagi bergaya.Beberapa percubaan merbahaya dilakukan dalam usaha memburu gol awal.Namun,usaha-usaha tersebut nampaknya seperti mencurah air ke daun keledek sahaja.Kemantapan barisan pertahanan pasukan lawan membantutkan niat murni pasukan kami ini.Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

"Main bola sambil terbang"

Memasuki separuh masa kedua,aku dan rakan-rakan bertekad untuk memastikan pasukan kami mendapat gol awal.Jadi,apabila pasukan lawan memulakan sepak mula,aku terus mengejar untuk mendapatkan bola daripada kaki mereka.Sungguh rakus aku mengejar bola,umpama seekor beruang yang kelaparan.Hoho.

Ku sangkakan panas hingga ke petang.Rupanya hujan di tengahari (Peribahasa ini untuk menyedapkan entri ini sahaja.Tiada kena mengena).Semasa aku mengejar bola tersebut dengan penuh kesungguhan dan ‘keberuangan’,tiba-tiba kaki aku tersadung @ disadung oleh salah seorang pemain pertahanan lawan yang bernama Anwarash (bukan nama samaran).

"Adus.Sungguh keji permainan kamu wahai Enchik Anwarash"

Apabila sudah tersadung,maka hukum alamnya ialah jatuh.Maka,aku pun terjatuhlah menyembah bumi serba kehijauan itu.Dan apa yang tak bestnya,masa aku jatuh tu,kaki kanan aku berada pada latitude dan longitude yang tidak betul.

"Krak”..Kedengaran satu bunyi terhasil daripada kejatuhan aku menyembah bumi itu.Aku dah rasa lain macam je ni.Apalagi,menjerit kesakitanlah aku persis Aaron Ramsey,si budak Arsenal yang injured baru-baru ni..









Aku dah tak nampak ape dah time tu.Yang aku nampak bulan ngan bintang je.Sakit gile beb.Tak dapat dirungkai dengan kata-kata akan kesakitan itu.Maka permainan pun diberhentikan dan semua pemain serta penonton pun mengeremuni aku yang kesakitan,sepertimana semut mengeremuni makanan.

Nasib baik la budak-budak Irbid ni ramai dari kalangan bakal-bakal doktor.Maka,apabila berlaku kejadian seperti ini,mereka tahulah apa yang patut dilakukan.Jadi,tanpa segan silu,mereka telah merawat kakiku di tengah padang tersebut.Aku pun biarkan jela.Bakal doktor beb.Memang aku percaya kat mereka.Kalau bakal bomoh tu lain la.Memang aku tak bagi kaki aku diperlakukan sebegitu rupa.Jadi lain pulak nanti.









Pemuda tampan berbaju biru dalam gambar di atas bernama Dato’ Nuek.Beliau adalah seorang pelajar tahun 5 dalam bidang perubatan di Jordan Universiti Science Technology (JUST).Beliaulah yang memainkan peranan utama dalam upacara rawat-merawat kaki aku semalam.Time kaseh Dato’ Nuek.Saya akan undi Dato’ dalam PRU 10 tahun akan datang.

Setelah dirawat dan disembur,aku masih lagi tak mampu untuk bangun dan menggerakkan diri ke luar padang.Kaki aku tak boleh nak diluruskan,macam mana nak bangun.Memang sakit tahap 7 petala langit la wa cakap lu.Jadi,macam mana nak bawa aku ke luar padang ni?

Sememangnya kawan-kawan aku adalah pelajar-pelajar yang genius.Mereka telah menggunakan sekeping papan untuk membawa aku keluar dari padang tersebut.Kira macam ‘stretcher’ la papan ni.Ia sebenarnya telah diambil daripada tempat duduk yang terdapat di tepi padang tersebut.Belasah jela,asalkan boleh angkut aku.Maka,dengan sepenuh tenaga,mereka telah mengangkut aku yang sama berat dengan 8 kampit beras 10 kilo..Haha.Terima kasih kawan-kawan semua.Allah jualah yang mampu membalas jasa kalian.










Apabila sampai di tepi padang,Dato’ Nuek telah menyambung kembali tugas beliau merawat kakiku ini.Entah apa yang beliau buat,aku pun tak tau.Aku hanya mampu mengaduh kesakitan sambil memperbanyakkan selawat ke atas nabi.Allahuma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammad.Semoga dengan keberkatan selawat,berkuranglah kesakitan ini.










Alhamdulillah.Setelah dirawat oleh Nuek dan sahabat-sahabat yang lain,kesakitan beransur-ansur hilang.Namun begitu,aku masih jua tak dapat membangunkan diri.Maka,terbaringlah aku di tepi padang tersebut menanggung kesakitan yang masih bersisa.

Selang beberapa minit,perlawanan pun berakhir dengan keputusan 2-0.Kekalahan berpihak kepada pasukan aku.Kedua-dua gol pihak lawan dijaringkan setelah aku dikeluarkan.Jadi,apakah kesimpulan yang boleh dibuat disini?

Haha.Sungguh bajet hebat diriku ini.Dah sakit pun masih tak sedar diri lagi.Padahal kalau aku ada dalam padang pun aku rasa sama jugak keputusannya.Bukan sebab aku keluar maka kekalahan ini terjadi.Entah-entah kalau aku tak injured mungkin kalah lagi besar kot.Haha.

Sebenarnya aku dah tak pikir pasal match dah time tu.Aku pikir pasal kaki aku ni je.Aku tak boleh jalan lagi ni.Macam mana nak bawak aku keluar dari stadium ni.Rumah aku jauh dari sini.Pulak tu pintu pagar stadium Universiti Yarmouk ni dah dimangga pulak.Biasanya kami semua balik memang panjat je pagar tu.Tapi,kalau nak bawak aku atas papan ‘stretcher’ macam mana pulak ye?Takkan nak panjat pagar jugak.Sungguh tiada logika.

Setelah berfikir sejenak,keputusan dibuat untuk mengeluarkan aku dari dalam stadium ni melalui ‘lubang’ yang terdapat di pagar besi di tepi stadium.Lubang ni memang dah lama dah ada.Budak-budak arab sendiri yang buat lubang ni untuk masuk stadium ni secara makruh.Jadi,dengan bantuan semua kawan-kawan aku yang berada di situ,aku pun berjaya dikeluarkan dari stadium tersebut melalui ‘lubang ajaib’ ni.

Kemudian,Aime Jedi atau nama sebenar beliau Aiman Majdi Abdullah Akhili,seorang lagi bakal doktor yang kini dalam tahun 5 di JUST telah berjumpa dengan pak gad unibesiti untuk memberitahu keadaan ku ini.Selang beberapa minit kemudian,sebuah ambulan datang dan mengangkut aku untuk dibawa ke Hospital Ibnu Nafis,Irbid.


"Akukah ini?Oh bukan rupanya.Aku telah mencilok gambar ini daripada internet kerana tiada gambarku diambil semasa peristiwa ini"



Aime Jedi,Dato’ Nuek dan Abe Mat telah menemaniku ke hospital tersebut.Dalam perjalanan,pemandu ambulan membawa ambulan dengan penuh iltizam.Habis semua bonggol mahupun bendul dilanggarnya tanpa segan silu.Kaki aku yang kesakitan telah terhentak-hentak ketika di dalam ambulan tersebut.Lalu aku pun turut mengerang kesakitan.Adehh..Boleh tahan juga angkel dreba ni.Aku saspek beliau dulu bekas pemandu rally.Membe-membe seangkatan Karamjit Singh.Sebab tu bawak ambulan ni boleh tahan jugak kadar kerempitannya.

Sampai-sampai sahaja di hospital,aku telah dicucuk oleh doktor dengan ubat tahan sakit di bahagian b*nt*tku.Oh,amat nikmat sekali tusukan jarum itu.Kemudian,apabila aku sudah agak bertenang,aku disuruh ke bilik x-ray untuk melakukan proses yang boleh mematikan sel itu ke atas kaki aku.

Setelah di x-ray,doktor menyuruh pula aku ke bilik rawatan untuk memeriksa keadaan kaki aku.Doktor tersebut memeriksa kakiku ini dengan kurang kasih sayang.Ingin sahaja aku menjerit memarahi beliau.Akan tetapi,akal aku masih lagi waras ketika itu.Dah memang kerja beliau,nak marah buat apa.Bodohlah aku jika menjerit-jerit memarahi beliau.Lagipun,aku nak marah dalam bahasa apa?Nak marah dalam Bahasa Arab tak reti sangat.Nak marah dalam Bahasa Melayu,bukan dia paham pun.Jadi,berdiam diri sambil memperbanyakkan selawat ke atas nabi adalah lebih baik buat diriku ini.

Setelah selesai,doktor tersebut menerangkan keadaan kakiku ini kepada Aime Jedi dalam bahasa arab ammi + bahasa medic.Sungguh pening kepalaku ketika berusaha menapsirkannya ke dalam bahasa melayu.Last-last aku tanya je balik kat Aime Jedi apa jadi kat kaki aku ni.Abes cite.

Mengikut kalam Aime Jedi,kaki aku mengalami masalah pada bahagian ‘meniscus’ iaitu salah satu bahagian di sekitar lutut.Benda alah tersebut dikatakan telah ‘lari sedikit’ daripada tempat yang sepatutnya.Jadi,sebab itulah berlakunya kesakitan ini.Ada lagi sebenarnya yang beliau terangkan tapi aku tak paham.Jadi tak bolehla terangkan kat sini.Kang kalau aku belasah je cakap,dah dikira berbohong pulak.Bohong kan berdosa.Masuk api neraka.Betul tak anak-anak?


"Meniscus berada di kawasan sekitar tepi lutut.Cari sendiri pada gambar di atas"



Apapun,aku tetap bersyukur kerana kecederaan yang dialami sebenarnya taklah seteruk mana.Mula-mula aku expect patah ke hape kaki aku ni.Tapi setelah diberitahu oleh doktor takde ape-ape kepatahan,aku pun memanjatkan kesyukuranku ke hadrat Allah Taala.Alhamdulillah.

Langkah seterusnya,doktor telah menyimen kakiku ini tanpa segan silu.Kakiku ini telah disimen daripada bawah hinggalah kebahagian peha.Amat-amatlah panjang sekali kadar penyimenannya.Tetapi yang disimen sebenarnya adalah pada bahagian bawah kaki sahaja,sementara bahagian atas pula dibalut dengan ‘bandage’ je.Kalau disimen semua,mau jadi berat gile kaki aku nanti.Nak angkat pun tak larat.

"Bergaya bersama encik simen"



Setelah selesai semua,doktor memberitahu bahawa 27hb Mac ni kena datang lagi sekali ke hospital untuk rawatan seterusnya.Jika masih tak sembuh,maka ada kemungkinan ‘operation’ akan dilakukan.Aiyoyo..semoga dijauhkan ya Allah..aku malas betul bab-bab operate ni.Kalau operate motor untuk rempit tu ok la jugak kot.

Dan doktor telah memberikan aku MC selama dua minggu.Adakah ini satu kenikmatan?Atau satu ujian?Au eishh?Ya Allah..sembuhkanlah aku secepat mungkin..Sesungguhnya aku merindui saat-saat beribadat kepadamu dalam keadaan sempurna..Kasihanilah aku ya Allah.Ampunkanlah dosaku.Semoga kesakitan ini adalah salah satu kaffarah dosaku yang maha banyak terhadapmu.


“Wahai Tuhan kami,janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.Wahai Tuhan kami,janganlah engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kami.Wahai Tuhan kami,janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya.Maafkanlah kesalahan kami,ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.Engkaulah penolong kami.Oleh itu,tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”

(Surah al-Baqarah,ayat 286)



::nota kaki::
Terima kasih kepada semua yang datang melawat hari ni.Dari pagi sampai ke malam,tak putus-putus kawan-kawan datang.Paling aku tak sangka ialah kehadiran Ustat Mahdi,seorang yang aku amat respek lagi saspek.Siap bawak air zam-zam lagi.Terima kasih ustat sebab sudi melawat saya yang hina ini.Ustat memang bestlah.Terima kasih semua!!!


Sakit Itu Penghapus Dosa


“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi roji’uun’. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk ”.
(QS. Al-Baqaroh : 155-157).





Terima kasih berjuta-juta buat kawan-kawan yang banyak membantu tatkala aku dirundung kesedihan ini..

-Aime Jedi,Abe Mat ,Dato’ Nuek.Susah payah hantar pegi spital

-Mel,Atem,Akmal.Korang memang membe serumah terbaekk dari ladang.

-Presiden PERMAI,Naqeb bersama timbalan beliau,Amin.Time kaseh datang ospital tadi.

-Semua yang tolong angkat aku naik stretcher kayu buatan sendiri siang tadi.Aku tau aku memang berat.Nasib baik tak patah stretcher tu.Haha.

-Semua yang ucap ‘selamat’ kat facebook.Telima kasih.Telima kasih.

-Semua yang datang melawat dari petang sampai ke malam ni.Tak putus-putus.Bawak makanan banyak-banyak pulak tu.Time kasih banyak banyak banyak.

- Incik Anuar Rashid.Walaupun ko yang tackle aku siang tadi,tapi ko bawak makanan paling banyak malam ni.Pandai amek ati aku ye.Haha.Jangan riso.Anda tidak bersalah.

-Sepupu kupu-kupu aku kat Jordan ni.Time kaseh bagi banyak susu ngan buah =)

-Semua yang terlibat secara siaran langsung mahupun tidak langsung.Sori jikalau nama anda tidak disebut disini.

Ketahuilah sesungguhnya aku sungguh bahagia dan berbangga mempunyai kawan-kawan seperti kalian semua.

Doakan aku cepat sembuh ye.Nak main bola lagi ni :p


::nota kaki sakit::
Nak datang melawat tak payah bawak makanan lagi.Makanan kat bilik aku dah bertimbun dah ni.Datang sini tolong habiskan pun tak pe.

MATCHDAY 6 (WDS FC 1-0 RB FC)







IRBID (AP)- FC Rubin Irbid closed the gap on Permai Super League league leader The Dark Horses with a 2-1 win on Friday.

In other League game,Bugatti FC won 2-1 over Phoenix Bangkit FC to improve its chances of avoiding relegation and push Muneer’s side deeper into trouble.

Real Benchwarmer defense failed to clear a corner kick from Helmi and Ust Din moved the ball into space inside a crowded area and beat goalkeeper Qayyim with an angeld shot for his 2nd league goal.


“Gol oleh Ustat Din hasil sepakan corner daripada aku.Hoho (gelak bajet hebat)”




“Tandukan daripada Syapiyek (no.13) ditepis oleh Qayyim,RBFC goalkeeper.Hasil umpanan aku juge ni.Hoho (lagi sekali gelak bajet hebat)”






“Mengawal Abe Tadin Messi.Licik sungguh beliau melarikan bola.Umpama dhob di padang pasir”



“ Gaya aku menimbang bola persis Ronaldinho.Boleh diterimakah statement ini? ”



“Percubaan Abe Yash Fahri (hero nur kasih 2) terkena palang.Sungguh malang”



“Kepancitan.Malas nak kejar bola itu”



“ aku cuba merampas bola


dan berjaya lalu membawa bola tersebut dengan penuh bergaya.Hebat juga aku rupanye ”


“Sungguh summard gambar kapten WDS FC ini.Jealous ai ”


More news and photos at : http://permaisuperleague.blogspot.com


::notakukukaki::
Sila klik pada gambar supaya ianya menjadi lebih besar,sehat dan kuat.