MATCHDAY 9 (MARI MAKAN ROTI CANAI)




























Bismillah..

Matchday 9 telahpun berlangsung dengan jayanya pada pagi Jumaat yang mulia sebentar tadi.

Alhamdulillah,Warung Din FC telah mengamuk dan berjaya membelasah pasukan Buggati FC dengan rakus sekali.Keputusan akhir WDFC menang dengan keputusan 1-0 (je?ayat macam menang 8-0).

Gol telah dijaringkan oleh kapitan pasukan,A Mohd Rahmat melalui sepakan penalti.

Ianya terhasil setelah beliau dikasari di dalam kotak penalti oleh saudara Mustaq a.k.a Anhar.Sungguh keji permainan beliau.Umpama Carles Puyol bermain keji terhadap Cesc Fabuloso baru-baru ni.Keh3 (jangan marah staq.aku gurau je.macam manepun ko tetap best macam Sol Campbell)

Dan aku dengan jayanya telah menghadirkan diri ke padang untuk menonton perlawanan tersebut.Walaupun aku telah menggunakan @ membazirkan masa sebanyak 45 minit untuk sampai ke sana dari rumah aku ni (biasa 15 minit je dah sampai),tapi aku rasa pengorbanan aku ini tidak sia-sia kerana kedatangan aku telah berjaya menaikkan semangat pemain pasukan aku lantas mereka memenangi perlawanan ini.Weewwit!Cayalah aku..(bajet best)

Dan aku telah menonton perlawanan tersebut sambil makan roti canai PLAS kuah kari PLAS kentang banyak-banyak PLAS blom bayar lagi (utang).Peh menawan beb rasa dia.‘Terngiang-ngiang’ sampai sekarang..

Papepun,tahniah diucapkan kepada WDFC atas kemenangan penuh bergaya ini.Semoga istiqomah sehingga habis season.

Sila layan video di bawah untuk merasakan lebih kenikmatan dan kepuasan dalam diri.


:: nota kaki dah nak baik ::

kalau mak aku tau ni,mesti beliau marah terhadap diriku ini--->Ampun mak.Darah muda ini sentiasa membuak-buak.Mana boleh tahan orang lain main bola,kite terbongkang je atas katil.tabley..tabley..

Mintak ampun ye mak =)


5 comments:

YayaEdna said...

aku bagitau mak ko. hahahaha.. gelak kaya :)

Helmy said...

beritahulah jikalau anda berani.keh3 (gelak cabar-mencabar)

YayaEdna said...

aku rasa macam ma ko dah tau lah sebelum aku bagitau :) haha

Helmy said...

memang pun.mak aku memang best.sentiasa 'one step ahead'.wewwit.

Anonymous said...

siot emi...aku xbersalah...haha.kaki aku pun sakit gak