Barakallahu Lakuma



Bismillah.

Perkahwinan atau pernikahan menurut bahasa ialah berkumpul atau bercampur.Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan,yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah,menurut peraturan yang ditentukan Islam.

Eh,apa hal pulak ayat gua macam tiru pak cik wiki ni?Waddehek?

Pantas ke poin yang sebenar.

Selamat Berpengantin ingin aku ucapkan kepada member serumah,Fauzi Akmal bin Hamdan yang akan menikah dengan pasangannya,Nur Nadiah binti Abdul Manap pada hari ini.Alf Mabruk!





Sejuta kemaafan dipohon kerana aku tak dapat menghadirkan diri ke majlis berhistory kalian berdua pada hari ini.Ini adalah kerana pada ketika ini,aku sedang menggalas amanah keluarga meneruskan perjuangan  menuntut ilmu di bumi Jordan yang tercinta.Oh,sungguh bergaya alasanku ini.

Walau bagaimanapun,aku tetap mendoakan agar perkahwinan kalian sentiasa dibawah rahmatNya.Semoga segala-galanya berjalan dengan lancar dan kembali semula ke Jordan dengan selamat.

Last but not least,lagu klasik daripada Nadamurni ni hadiah aku untuk kalian berdua.Lagu ni memang gerek.Muzik simple,tapi banyak ‘quote-quote’ berguna boleh diaplikasi bagi menempuh hari-hari mendatang yang penuh onak dan duri kelak.Weewit.. 




Semoga berbahagia hingga akhir hayat.


بــارك الله لكمــا وبارك عليكمــا وجمع بينكمــا بخير

“Semoga Allah memberkati kalian berdua dan memberikan barakah pada kalian,serta mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan”



::notakaki::
Semoga cepat dapat anak.Boleh aku jadi seorang pak cik yang bergaya.Kehkeh..

2 comments:

Abdul Munir Sanusi said...

Lu bila lagi der?

Helmy said...

gua tunggu lu dulu der.
macam apa kata orang dulu dulu tu..
tak baik langkah bonggol?
lebih kurang macam tu la bunyi dia.

senior didahulukan,perkahwinan diutamakan.