Muaz bin Jabal


Sayyidina Muaz bin Jabal

-dilahirkan di Madinah al-Munawwarah

-mempunyai ciri keistimewaan sebagai seorang yang amat pintar,penampilan sebagai seorang yang perkasa dan juga seorang yang berhemah tinggi.

-memeluk Islam sejak kecil melalui Mus’ab bin Umair yang diutuskan Rasulullah s.a.w ke Madinah.

-termasuk dalam rombongan 72 orang Madinah yang berbai’ah dengan Nabi s.a.w.

-sebaik sahaja Nabi s.a.w berhijrah ke Madinah,Muaz sentiasa berdampingan dengan baginda sehingga beliau dapat memahami al-Quran dan syariat-syariat Islam dengan baik.


“Umatku yang paling alim tentang halal dan haram ialah Muaz bin Jabal”
-Hadis riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah-



"depan pintu masuk Maqam Muaz bin Jabal"

-beliau juga salah seorang daripada enam orang yang mengumpulkan al-Quran pada zaman Rasulullah s.a.w.

-juga dikenali sebagai ketua ulama’ di akhirat,pemuda pendiam yang tutur katanya ibarat mutiara dan juga manusia yang paling disayangi Umar al-Khattab.

-merupakan ketua tenaga pengajar yang diutuskan Rasulullah ke Yaman untuk mengajar penduduk-penduduk di sana tentang Islam.

-sebelum bertolak ke Yaman,Rasulullah bersabda kepada beliau :

“Wahai Muaz!Kemungkinan engkau tidak akan dapat bertemu lagi dengan aku selepas tahun ini malah mungkin juga selepas ini kamu akan melalui masjid dan kuburku sahaja”

-lantas Muaz menangis kerana mendengar sabda Rasulullah tersebut.

-selepas peristiwa tersebut,ternyata Rasulullah wafat dan Muaz tidak dapat melihat baginda lagi.


"perkarangan Masjid Muaz bin Jabal"


DETIK KEMATIAN

-Muaz bin Jabal berada di Palestin apabila beliau diserang wabak.

-sebelum meninggal dunia,beliau berkata:

“Selamat datang wahai kematian!Selamat datang kepada tetamu yang tak kunjung tiba dan selamat datang kepada kekasih yang telah sekian lama dirindukan”


"Maqam Muaz bin Jabal"

-kemudian beliau melihat ke langit dan berkata lagi:

“Wahai Tuhanku!Sesungguhnya engkau mengetahui bahawa aku tidak menyukai dunia apatah lagi untuk berada kekal di dalamnya selama-lamanya menanam pokok-pokok dan mengairi sungai,tetapi segala-galanya itu hanyalah sekadar untuk menghilangkan kehausan di kawasan-kawasan yang kekeringan serta mengharungi saat-saat kesusahan dan mendekati ulama’-ulama’ dengan menunggang ke majlis-majlis zikir.Oleh yang demikian,terimalah diriku ini wahai Tuhanku dengan kebaikan sebagaimana Engkau menerima diri seseorang yang beriman”

-maka selepas itu,beliau pun meninggal dunia.


"Maqam Abdul Rahman bin Muaz,anak beliau bersebelahan dengan maqam beliau"

-diriwayatkan bahawa Muaz bin Jabal meninggal dunia kerana wabak taun.

-beliau sanggup tinggal di kawasan kediaman beliau pada masa itu dan tidak keluar daripada situ kerana berpegang kepada dua hadis Nabi s.a.w yang melarang seseorang keluar dari kawasan apabila terkena taun.

-hadis tersebut juga menyatakan bahawa mati akibat wabak taun adalah mati syahid.

“Taun adalah tanda kemurkaan Allah yang mana Allah menguji hamba-hambaNya.Apabila kamu mengetahui adanya penyakit itu di sesebuah tempat,janganlah kamu masuk ke tempat itu.Apabila kamu berada di tempat yang ada penyakit taun (atau penyakit berjangkit yang lain) janganlah kamu keluar darinya”
-Hadis riwayat Muslim-

“Aisyah r.a meriwayatkan: Aku bertanya Rasulullah s.a.w tentang wabak taun.Baginda menjawab itu adalah azab yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki.Allah akan jadikan penyakit itu sebagai rahmat kepada orang-orang beriman.Tidak ada sesiapa yang terkena taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar,mengharapkan ganjaran Allah dan yakin ia adalah ketetapan ilahi melainkan Allah akan memberinya pahala syahid”
-Hadis riwayat Bukhari-

-Muaz bin Jabal memperolehi impiannya iaitu syahid di jalan Allah.Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya.

Amin...


"Sekitar kawasan Masjid Muaz bin Jabal"





No comments: