Ard Kinanah 2 -Dumyat, Kutip Kerang-



" Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di muka bumi, yang halal lagi baik " 
(al-Baqarah, 168)




Selain terkenal dengan Ra’sul Bar, Dumyat juga terkenal dengan kerang.Sapa pergi Dumyat tapi tak pergi tangkap kerang,umpama pergi Key Ell tapi tak pegi KLCC orang kabo.Peh bukan main ‘king’ perumpaman dia.

Kerang-kerang Dumyat memang besar ya ampun.Besar biji mata, besar penumbuk, besar tapak tangan nyiru kami tadahkan,semua ada.Memang puas hati la gua cakap lu.

Ekspidisi menangkap kerang kami bermula seawal terbit mentari pagi bagi remaja-remaja,iaitu pukul 10.Perjalanan dari rumah tempat kami menginap ke pantai dekat sahaja, kira-kira 10 minit perjalanan menaiki ‘El Tramco’.Peh bukan main sedap nama.

Sesampai sahaja kami di pantai,kelihatan sudah ramai manusia-manusia lain gumbira dengan hasil kutipan kerang masing-masing.Kami memandang tanpa rasa dengki dan iri hati walau secubit kerana kami percaya rezeki Allah ada di mana-mana.Kami pun meneruskan langkahan perlahan-lahan dengan tangan di belakang sambil berzikir memuji kebesaran Ilahi.

Selang beberapa minit, agak-agak sampai di tempat yang ‘sedap’, kami pun memberhentikan langkahan.

“Sini banyak ni.Jom” ajak Sapiq, orang asli Dumyat merangkap Pengarah Program aktiviti hari itu.

Tanpa membazirkan masa kerana kami tahu membazir itu amalan syaitan,kami pun terus memulakan aktiviti kutip kerang pada hari tersebut.

Alhamdulillah,kami dapat banyak kerang.Kemudian kami pun balik lalu masak kerang tersebut.Selepas itu,kami pun makan lalu kekenyangan dan terus tertido.Peh bukan main malas nak cerita.Tengok gamba jelah.Picit sini.

No comments: