Ard Kinanah 5 -Cairo,Masjid Sultan Hassan & Masjid Rifa'i -





Hasil tinggalan seni bina kerajaan Mamluk yang masih wujud pada hari ini.Masjid Sultan Hassan  telah dibina pada tahun 1356 di bawah arahan Sultan Hassan,sultan yang memerintah Mesir pada masa itu.Dan ia telah siap sepenuhnya pada tahun 1363.

Di dalam masjid ini terdapat empat kawasan tempat belajar yang tersendiri,mengikut mazhab masing-masing.Menurut sejarah,tujuan pembinaan masjid ini,selain digunakan sebagai rumah ibadat,juga turut digunakan sebagai pusat ilmiah bagi Mazhab Syafie,Maliki,Hanbali dan Hanafi. Oleh itu,masjid ini turut dikenali dengan nama ‘Masjid Empat Mazhab’.

Di dalam masjid ini juga terdapat maqam anak kepada Sultan Hassan.Pada mulanya,maqam yang dibina di dalam masjid ini dikatakan dibina untuk Sultan Hassan sendiri.Namun begitu,Sultan Hassan telah dibunuh semasa pembinaan masjid ini masih berlangsung dan mayatnya tidak dijumpai.Dan akhirnya,mayat puteranya sahaja yang dikebumikan di sini.





Bersetentang dengan masjid ini,terbina pula sebuah masjid yang dinamakan Masjid Rifa’i.Menurut sejarah,masjid ini sengaja dibina bertentangan dengan Masjid Sultan Hassan dengan tujuan untuk bersaing dengan masjid tersebut dari sudut seni bina.

Mula dibina pada tahun 1869 di bawah arahan ibu kepada Ismail Pasha,Khushyar Hanim.Di dalam masjid ini terdapat beberapa maqam ulama’ terkenal seperti Ahmad al-Rifa’i,Ali Abi Shubbak dan Yahya al-Ansari.Juga terdapat maqam Ali Pasha dan ibunya,Khushyar Hanim.

Aku tak sempat nak masuk Masjid Rifa'i ni sebab dah lewat.Pak cik yang jaga masjid tu dah tutup.Jadi takdelah gambar yang dapat ditangkap.Nak tengok search la kat lebai google.

Gambar lain Masjid Sultan Hassan.Sini

2 comments:

Unknown said...

bnyak masjid2 bsar kt mesir ni.
kna gi ni taun2 dpan.

Helmy said...

sila =)