Ard Kinanah 3 -Sinai, Gunung Sinai-


“ Dan engkau (Muhammad) tidak berada di Gunung Tur ketika Kami menyeru (Musa dan memberi wahyu kepadanya dahulu), tetapi diturunkan rahmat al-Quran dari Tuhanmu (yang menerangkan kisah itu) supaya engkau memberi amaran kepada kaummu yang telah lama tidak didatangi sebarang Rasul pemberi amaran sebelum engkau, semoga mereka beroleh pengajaran "

(al-Qasas, 46)   





Selain dikenali dengan nama Gunung Sinai, gunung ini juga turut dikenali dengan nama Gunung Tur dan Jabal Musa.Terletak bersebelahan dengan Gunung Catherine iaitu gunung yang tertinggi di Mesir, gunung ini dipercayai sebagai gunung tempat Nabi Musa bermunajat kepada Alllah selama 40 hari 40 malam dan juga tempat Nabi Musa menerima kitab Taurat daripada Allah Taala.

Selepas Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel berjaya melarikan diri daripada kekejaman Firaun,mereka berhenti seketika di kawasan pergunungan ini.Kemudian, Nabi Musa meninggalkan kaumnya untuk bermunajat kepAda Allah Taala di puncak gunung ini.Sewaktu tempoh munajat inilah Nabi Musa memohon kepAda Allah Taala agar menunjukkan zat-Nya kepada baginda.

Allah Taala kemudian mengarahkan Nabi Musa supaya melihat di suatu sudut bukit.Dan secara tiba-tiba, bukit tersebut hancur lebur.Melihat keadaan tersebut, Nabi Musa terperanjat lalu pengsan.Apabila sedar,baginda terus bertasbih memuji kebesaran Allah dan memohon ampun atas kesalahannya.Dan Allah Taala kemudiannya menurunkan kitab Taurat kepada baginda.

Peristiwa ini diceritakan di dalam al-Quran, iaitu dalam surah al-A’raf, ayat 143 hingga 145.

http://www.facebook.com/album.php?id=100000111185550&aid=61111
                                

4 comments:

ahmad alkhani said...

"sirah berjalan sepanjang zaman,moga sang pengembara hidupnya berteman" -anon

p/s : ciskek,blog aku ko delete dari list..ptot visitor xramai

Sebutir Pasir said...

Sonoknya...belajar kat negare org...cambest...

Sebutir Pasir said...

Sonoknye...cambest berjln-jln...

Helmy said...

moja: kah kah.lupe beb.ok dah masukkan balik

harun: Alhamdulillah rejeki