Sembelih






Misuarat muhasabah AJK Ladang Aidil Adha PERMAI 2010 telah dilangsungkan dengan gilang gemilang lagi bergemerlapan malam tadi.gila apa dah dua bulan lebih baru nak meeting muhasabah.Walaupun pada mulanya misuarat macam tak berapa nak jadi sebab cuaca hujan macam nak turun salji, tapi Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

Sebagai seorang pengarah yang pemalas lagi pemalu, geger jugak rasanya aku bila kena kondak misuarat tersebut setelah beberapa bulan tak bermisuarat.Lagi lagi bila berhadapan manusia-manusia hebat dan terkenal seperti hazen,aqamah dan lain-lain.Namun Alhamdulillah sekali lagi semuanya berjalan lancar.

Jadi dengan berakhirnya misuarat tersebut, maka berakhirlah  tugasan aku secara rasmi.Terima kasih diucapkan kepada semua kawan-kawan terutamanya AJK aku sendiri yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan kelancaran program tersebut.

Terima kasih juga kepada semua ahli PERMAI kerana  memberikan kerjasama yang cukup solid bagi menjayakan program ini.Semoga Allah balas jasa baik kalian dengan memberikan kalian jodoh yang baik lagi beriman.Amin.

Gambar lagi? sini

2 comments:

Abdul Munir Sanusi said...

Lu jadi Kapten lepas ni. Macam staedy je

Helmy said...

Kapten mende? Mentarang?