Gita Gutawa







Assalamualaikum

Saya sudah lama berniat untuk belajar bermain gitar untuk hiburan diri saya sendiri apabila saya memerlukannya (sekadar untuk menghiburkan hati dan tidak keterlaluan).

Tapi niat saya terbatas kerana saya pernah dengar bahawa hukum bermain alat muzik bertali adalah haram.
Saya ingin mendengar penjelasan ustaz sendiri mengenai hal ini dan bolehkah ustaz membawa dalil yang kuat untuk hal ini.Terima kasih ustaz..




Waalakumussalam

Tidak ada sebarang nas yang menyebut tentang gitar dengan jelas di dalam hadis-hadis soheh.Kerana itulah berlakunya khilaf di kalangan ulama’ tentang hukum bermain gitar ini.

Ada yang mengharamkannya sama sekali sama ada menyebabkan lalai atau tidak.

Ada yang mengharuskannya dengan alasan tidak memberi sebarang kemudaratan.

Pendapat sesetengah ulama’ pula mengharuskan bermain gitar dengan syarat:

1.Untuk sekadar hiburan sendiri sahaja
2.Tidak bercampur dengan perkara-perkara yang haram seperti dadah,perempuan atau seumpamanya.
3.Tidak dijadikan sebagai sumber pendapatan.
4.Tidak lalai daripada kewajipan dan tidak menyebabkan orang lain jadi lalai.

Jika saudara ingin bermain juga,maka pendapat terakhir ini adalah elok untuk diikuti.

Janganlah sampai tak hadir ke surau dan masjid untuk belajar agama disebabkan oleh permainan.

Hiburan diharuskan oleh Islam hanyalah untuk menghilangkan rasa jemu atau bosan bukannya dijadikan perkara penting dalam kehidupan.

Jika hanya berhibur tapi tak pernah hadir ke masjid dan surau untuk solat dan belajar agama,maka jelaslah ini adalah hiburan yang diharamkan oleh Islam.


Dijawab oleh : Ustaz Azhar Idrus





Lokasi kejadian: Dorm Lokman,Smka Segamat,Johor

Waktu kejadian : Beberapa jam sebelum peperiksaan Bahasa Arab STPM kertas 2 diambil

Tujuan kejadian : Menghilangkan rasa bosan dan jemu setelah penat menghafal syair-syair dan nathar-nathar arab.

Tajuk lagu yang didendangkan : Insan Pewaris Bangsa

Info lagu yang didendangkan :
-lagu daripada kumpulan nasyid aku dikala muda-mudi dahulu (Izdan 2006)
-ciptaan bro Frizdan (pengurus In-Team Records)
-pernah dirakamkan di Studio Luncai Emas milik M.Nasir pada penghujung tahun 2006 oleh aku dan rakan-rakan.



"Luncai bersama labu-labunya"



-termuat dalam album ‘Pelajar Mulia Negara Maju’,gabungan kumpulan-kumpulan nasyid sekolah menengah negeri Johor.

-lagu ini amat fofuler sekarang.Aku tengok dalam handset member-member aku ramai yang ada lagu ni dalam ‘track list’ mereka.Tapi,bila ditanya sape yang nyanyi,mereka hanya menggeleng kepala.Oh,sungguh sedih sekali..

-hatta semasa majlis penutup ‘minggu haluan siswa’ kat Jordan ni beberapa bulan yang lalu,lagu ni dijadikan lagu latar untuk video yang dipersembahkan. Bercampur baur perasaanku tatkala mendengar lagu tersebut berkumandang di sini.Hati menangis siapa yang tahu.Hoho..



"aku bajet artis"


Sambung cerita di hari kemudian.


::nota kaki::
Sila klik sini untuk dengar lagu ini versi ‘real madrid’

No comments: