MATCHDAY 7 (THE TRAGEDY)






Musim panas dah bermula.Perlawanan semalam berlangsung di bawah sinaran cahaya mentari yang sangat terik.Seterik semangat para pemain PSL untuk memangkah kaki lawan masing-masing.Akhirnya aku juga yang menjadi mangsa.Huhu.

Dan perlawanan pada hari semalam juga umpama mimpi ngeri bagi diriku ini.Perlawanan yang menyebabkan aku terbaring kebosanan di atas katil sehingga ke pagi ini.Dan kemungkinan besar ianya akan berterusan selama sebulan.Mungkin juga lebih.Adus..

Mengimbau kembali kejadian semalam,sememangnya ia adalah satu perkara yang tidak enak dan lazat untuk dikenang.Kesakitan yang dialami oleh aku semalam tak pernah aku rasai seumur hidupku.Sumpah sakit beb.Sebab tu air mata jantan aku keluar semalam.Terus jadi tak macho diriku ini.Tapi sebelum ni macho ke aku?Ntahla..

Berentap dengan pendahulu liga,The Dark Horses,kemenangan akan menjanjikan kedudukan teratas liga buat pasukan aku. Jadi,aku pun menyematkan keazaman di dalam hati untuk bermain se’skil’ yang mungkin..

“Kalau tak dapat beraksi seskil Ribery,dapat beraksi macam Idris Karim pun jadila”,getusku di dalam hati.Sungguh bercita-cita.


"Memulakan perlawanan dengan penuh bergaya"


Dengan ber'farmasi'kan formasi 4-3-3,Warong Din FC memulakan perlawanan dengan penuh keyakinan lagi bergaya.Beberapa percubaan merbahaya dilakukan dalam usaha memburu gol awal.Namun,usaha-usaha tersebut nampaknya seperti mencurah air ke daun keledek sahaja.Kemantapan barisan pertahanan pasukan lawan membantutkan niat murni pasukan kami ini.Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

"Main bola sambil terbang"

Memasuki separuh masa kedua,aku dan rakan-rakan bertekad untuk memastikan pasukan kami mendapat gol awal.Jadi,apabila pasukan lawan memulakan sepak mula,aku terus mengejar untuk mendapatkan bola daripada kaki mereka.Sungguh rakus aku mengejar bola,umpama seekor beruang yang kelaparan.Hoho.

Ku sangkakan panas hingga ke petang.Rupanya hujan di tengahari (Peribahasa ini untuk menyedapkan entri ini sahaja.Tiada kena mengena).Semasa aku mengejar bola tersebut dengan penuh kesungguhan dan ‘keberuangan’,tiba-tiba kaki aku tersadung @ disadung oleh salah seorang pemain pertahanan lawan yang bernama Anwarash (bukan nama samaran).

"Adus.Sungguh keji permainan kamu wahai Enchik Anwarash"

Apabila sudah tersadung,maka hukum alamnya ialah jatuh.Maka,aku pun terjatuhlah menyembah bumi serba kehijauan itu.Dan apa yang tak bestnya,masa aku jatuh tu,kaki kanan aku berada pada latitude dan longitude yang tidak betul.

"Krak”..Kedengaran satu bunyi terhasil daripada kejatuhan aku menyembah bumi itu.Aku dah rasa lain macam je ni.Apalagi,menjerit kesakitanlah aku persis Aaron Ramsey,si budak Arsenal yang injured baru-baru ni..









Aku dah tak nampak ape dah time tu.Yang aku nampak bulan ngan bintang je.Sakit gile beb.Tak dapat dirungkai dengan kata-kata akan kesakitan itu.Maka permainan pun diberhentikan dan semua pemain serta penonton pun mengeremuni aku yang kesakitan,sepertimana semut mengeremuni makanan.

Nasib baik la budak-budak Irbid ni ramai dari kalangan bakal-bakal doktor.Maka,apabila berlaku kejadian seperti ini,mereka tahulah apa yang patut dilakukan.Jadi,tanpa segan silu,mereka telah merawat kakiku di tengah padang tersebut.Aku pun biarkan jela.Bakal doktor beb.Memang aku percaya kat mereka.Kalau bakal bomoh tu lain la.Memang aku tak bagi kaki aku diperlakukan sebegitu rupa.Jadi lain pulak nanti.









Pemuda tampan berbaju biru dalam gambar di atas bernama Dato’ Nuek.Beliau adalah seorang pelajar tahun 5 dalam bidang perubatan di Jordan Universiti Science Technology (JUST).Beliaulah yang memainkan peranan utama dalam upacara rawat-merawat kaki aku semalam.Time kaseh Dato’ Nuek.Saya akan undi Dato’ dalam PRU 10 tahun akan datang.

Setelah dirawat dan disembur,aku masih lagi tak mampu untuk bangun dan menggerakkan diri ke luar padang.Kaki aku tak boleh nak diluruskan,macam mana nak bangun.Memang sakit tahap 7 petala langit la wa cakap lu.Jadi,macam mana nak bawa aku ke luar padang ni?

Sememangnya kawan-kawan aku adalah pelajar-pelajar yang genius.Mereka telah menggunakan sekeping papan untuk membawa aku keluar dari padang tersebut.Kira macam ‘stretcher’ la papan ni.Ia sebenarnya telah diambil daripada tempat duduk yang terdapat di tepi padang tersebut.Belasah jela,asalkan boleh angkut aku.Maka,dengan sepenuh tenaga,mereka telah mengangkut aku yang sama berat dengan 8 kampit beras 10 kilo..Haha.Terima kasih kawan-kawan semua.Allah jualah yang mampu membalas jasa kalian.










Apabila sampai di tepi padang,Dato’ Nuek telah menyambung kembali tugas beliau merawat kakiku ini.Entah apa yang beliau buat,aku pun tak tau.Aku hanya mampu mengaduh kesakitan sambil memperbanyakkan selawat ke atas nabi.Allahuma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammad.Semoga dengan keberkatan selawat,berkuranglah kesakitan ini.










Alhamdulillah.Setelah dirawat oleh Nuek dan sahabat-sahabat yang lain,kesakitan beransur-ansur hilang.Namun begitu,aku masih jua tak dapat membangunkan diri.Maka,terbaringlah aku di tepi padang tersebut menanggung kesakitan yang masih bersisa.

Selang beberapa minit,perlawanan pun berakhir dengan keputusan 2-0.Kekalahan berpihak kepada pasukan aku.Kedua-dua gol pihak lawan dijaringkan setelah aku dikeluarkan.Jadi,apakah kesimpulan yang boleh dibuat disini?

Haha.Sungguh bajet hebat diriku ini.Dah sakit pun masih tak sedar diri lagi.Padahal kalau aku ada dalam padang pun aku rasa sama jugak keputusannya.Bukan sebab aku keluar maka kekalahan ini terjadi.Entah-entah kalau aku tak injured mungkin kalah lagi besar kot.Haha.

Sebenarnya aku dah tak pikir pasal match dah time tu.Aku pikir pasal kaki aku ni je.Aku tak boleh jalan lagi ni.Macam mana nak bawak aku keluar dari stadium ni.Rumah aku jauh dari sini.Pulak tu pintu pagar stadium Universiti Yarmouk ni dah dimangga pulak.Biasanya kami semua balik memang panjat je pagar tu.Tapi,kalau nak bawak aku atas papan ‘stretcher’ macam mana pulak ye?Takkan nak panjat pagar jugak.Sungguh tiada logika.

Setelah berfikir sejenak,keputusan dibuat untuk mengeluarkan aku dari dalam stadium ni melalui ‘lubang’ yang terdapat di pagar besi di tepi stadium.Lubang ni memang dah lama dah ada.Budak-budak arab sendiri yang buat lubang ni untuk masuk stadium ni secara makruh.Jadi,dengan bantuan semua kawan-kawan aku yang berada di situ,aku pun berjaya dikeluarkan dari stadium tersebut melalui ‘lubang ajaib’ ni.

Kemudian,Aime Jedi atau nama sebenar beliau Aiman Majdi Abdullah Akhili,seorang lagi bakal doktor yang kini dalam tahun 5 di JUST telah berjumpa dengan pak gad unibesiti untuk memberitahu keadaan ku ini.Selang beberapa minit kemudian,sebuah ambulan datang dan mengangkut aku untuk dibawa ke Hospital Ibnu Nafis,Irbid.


"Akukah ini?Oh bukan rupanya.Aku telah mencilok gambar ini daripada internet kerana tiada gambarku diambil semasa peristiwa ini"



Aime Jedi,Dato’ Nuek dan Abe Mat telah menemaniku ke hospital tersebut.Dalam perjalanan,pemandu ambulan membawa ambulan dengan penuh iltizam.Habis semua bonggol mahupun bendul dilanggarnya tanpa segan silu.Kaki aku yang kesakitan telah terhentak-hentak ketika di dalam ambulan tersebut.Lalu aku pun turut mengerang kesakitan.Adehh..Boleh tahan juga angkel dreba ni.Aku saspek beliau dulu bekas pemandu rally.Membe-membe seangkatan Karamjit Singh.Sebab tu bawak ambulan ni boleh tahan jugak kadar kerempitannya.

Sampai-sampai sahaja di hospital,aku telah dicucuk oleh doktor dengan ubat tahan sakit di bahagian b*nt*tku.Oh,amat nikmat sekali tusukan jarum itu.Kemudian,apabila aku sudah agak bertenang,aku disuruh ke bilik x-ray untuk melakukan proses yang boleh mematikan sel itu ke atas kaki aku.

Setelah di x-ray,doktor menyuruh pula aku ke bilik rawatan untuk memeriksa keadaan kaki aku.Doktor tersebut memeriksa kakiku ini dengan kurang kasih sayang.Ingin sahaja aku menjerit memarahi beliau.Akan tetapi,akal aku masih lagi waras ketika itu.Dah memang kerja beliau,nak marah buat apa.Bodohlah aku jika menjerit-jerit memarahi beliau.Lagipun,aku nak marah dalam bahasa apa?Nak marah dalam Bahasa Arab tak reti sangat.Nak marah dalam Bahasa Melayu,bukan dia paham pun.Jadi,berdiam diri sambil memperbanyakkan selawat ke atas nabi adalah lebih baik buat diriku ini.

Setelah selesai,doktor tersebut menerangkan keadaan kakiku ini kepada Aime Jedi dalam bahasa arab ammi + bahasa medic.Sungguh pening kepalaku ketika berusaha menapsirkannya ke dalam bahasa melayu.Last-last aku tanya je balik kat Aime Jedi apa jadi kat kaki aku ni.Abes cite.

Mengikut kalam Aime Jedi,kaki aku mengalami masalah pada bahagian ‘meniscus’ iaitu salah satu bahagian di sekitar lutut.Benda alah tersebut dikatakan telah ‘lari sedikit’ daripada tempat yang sepatutnya.Jadi,sebab itulah berlakunya kesakitan ini.Ada lagi sebenarnya yang beliau terangkan tapi aku tak paham.Jadi tak bolehla terangkan kat sini.Kang kalau aku belasah je cakap,dah dikira berbohong pulak.Bohong kan berdosa.Masuk api neraka.Betul tak anak-anak?


"Meniscus berada di kawasan sekitar tepi lutut.Cari sendiri pada gambar di atas"



Apapun,aku tetap bersyukur kerana kecederaan yang dialami sebenarnya taklah seteruk mana.Mula-mula aku expect patah ke hape kaki aku ni.Tapi setelah diberitahu oleh doktor takde ape-ape kepatahan,aku pun memanjatkan kesyukuranku ke hadrat Allah Taala.Alhamdulillah.

Langkah seterusnya,doktor telah menyimen kakiku ini tanpa segan silu.Kakiku ini telah disimen daripada bawah hinggalah kebahagian peha.Amat-amatlah panjang sekali kadar penyimenannya.Tetapi yang disimen sebenarnya adalah pada bahagian bawah kaki sahaja,sementara bahagian atas pula dibalut dengan ‘bandage’ je.Kalau disimen semua,mau jadi berat gile kaki aku nanti.Nak angkat pun tak larat.

"Bergaya bersama encik simen"



Setelah selesai semua,doktor memberitahu bahawa 27hb Mac ni kena datang lagi sekali ke hospital untuk rawatan seterusnya.Jika masih tak sembuh,maka ada kemungkinan ‘operation’ akan dilakukan.Aiyoyo..semoga dijauhkan ya Allah..aku malas betul bab-bab operate ni.Kalau operate motor untuk rempit tu ok la jugak kot.

Dan doktor telah memberikan aku MC selama dua minggu.Adakah ini satu kenikmatan?Atau satu ujian?Au eishh?Ya Allah..sembuhkanlah aku secepat mungkin..Sesungguhnya aku merindui saat-saat beribadat kepadamu dalam keadaan sempurna..Kasihanilah aku ya Allah.Ampunkanlah dosaku.Semoga kesakitan ini adalah salah satu kaffarah dosaku yang maha banyak terhadapmu.


“Wahai Tuhan kami,janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.Wahai Tuhan kami,janganlah engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kami.Wahai Tuhan kami,janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya.Maafkanlah kesalahan kami,ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.Engkaulah penolong kami.Oleh itu,tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”

(Surah al-Baqarah,ayat 286)



::nota kaki::
Terima kasih kepada semua yang datang melawat hari ni.Dari pagi sampai ke malam,tak putus-putus kawan-kawan datang.Paling aku tak sangka ialah kehadiran Ustat Mahdi,seorang yang aku amat respek lagi saspek.Siap bawak air zam-zam lagi.Terima kasih ustat sebab sudi melawat saya yang hina ini.Ustat memang bestlah.Terima kasih semua!!!


8 comments:

ukht dalilah said...

syafakallah..semoga cepat sembuh dan kembali seperti sedia kala..banyakkan makan sayur n buah..lepas ni lebih berhati2 ketika bermain k..

Helmy said...

Ok.time kaseh.time kaseh banyak-banyak.

Tapi bab makan sayur tu susah sket la.hehe =)

gelaskaca said...

minam oo minam..

salam simpati kpd anda..hehe..
take a enough rest..thnx 4llow blog aku..ko ingt ke aku yg mne 1?haha..

.::aLep ::. \(^^)/ said...

jgn sedey minam
wlaupn ak x dpt nk sain attendance kt kaki ko tu..
ak doakan ko cpt sembuh

Helmy said...

gelas kaca oo gelas kaca..

time kaseh.time kaseh.

pe tak ingat plak.anda kan adik rafiq lutfi rahman,otai terkenal muar.hoho

Helmy said...

time kaseh wa'a.nanti aku sainkan attendance untuk ko.amacam?

gelaskaca said...

haha..anda kejam minam..otai2 die pn..tgok cite nur kasih leh nnges wooo..haha..slmt sembuh encik minam..

Helmy said...

time kaseh.time kaseh =)